Sabtu, 8 Ogos 2009

Adun PKR Yang Islam Kena Sokong Tindakan Pas

Nampaknya isu arak di Selangor tiada keputusan yang memuaskan hati rakyat Selangor yang beragama Islam.Dalam Al-Quran terang dan jelas mengatakan arak itu haram diminum oleh seluruh umat Islam. Arak itu ibu segala Syaitan, ibu segala maksiat jadi seharusnya semua adun yang beragama Islam di Selangor mesti sokong untuk hapuskan gejala minum 'air kencing Syaitan' di kalangan umat Islam.

Pas bukan setakat parti politik semata-mata tapi juga parti yang menyeru kepada amar makruf nahi mungkar sudah tentu Pas Selangor tidak mahu berdiam diri dalam isu arak ini. Kalau ada wakil rakyat Islam yang dulunya kaki tunggang air kencing Syaitan itu kena bertaubat dan jangan bersekokongkol dengan benda haram ni. Apakah adun yang beragama Islam tidak takut disambar api Neraka Allah hanya semata-mata nak jaga 'hati kawan2' dalam Pakatan Rakyat?

Kalau ada sedikit kuasa yang boleh selamatkan orang Islam di Selangor daripada gejala ketagihan arak kenapa takut-takut nak dikuatkuasakan?Kalau undang-undang syariah di Selangor yang tidak boleh dicabar oleh kerajaan pusat kenapa tak buat saja jangan dok tunggu lama, dah jadi bubur baru nak kuatkuasa.

Berapa ramai adun PKR yang beragama Islam? Kenapa diam, kenapa tak sokong isu arak ni?Ini bukan isu politik tapi demi maruah Islam , maruah umat Islam dan Melayu yang di sisi Perlembagaan mengatakan Melayu tu Islam! Berkata benar walaupun pahit.Pas di Selangor mempunyai penyokong dan ahli yang paling ramai yang sudah tentu bimbang dengan suasana yang berlaku ini.

1 ulasan:

  1. BAB INI AKU TABIK KAT HANG MISAI MERAH.
    Hang tahu dak berapa ramai orang Melayu kita yg beragama Islam bekerja kat Kilang Carlsberg dan Guiness tu. Yang ni hang kena habaq kat Khalid Brahim dan Khalid Samad pi tengok dan selamatkan mereka dari makan duit haram utk anak bini tok ayah tu oiiiiiiiiiiiiiiii.

    BalasPadam