Rabu, 1 Jun 2011

Polis diminta beri kerjasama perhimpunan Bersih

Kerajaan BN diingatkan agar mendengar suara dan pendapat rakyat kerana tidak mendengar suara rakyat adalah merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan, di seluruh dunia kini gegaran untuk mengukuhkan demokrasi sedang berlaku, justeru pihak berkuasa wajar menghormati suara tersebut.

Menurut beliau, sehubungan itu, pihak berkuasa atau pihak polis di negara ini tidak sewajarnya menghalang perhimpunan rakyat kerana ia bertujuan untuk menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah.

Begitu juga dengan Himpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai ini yang sepatutnya tidak diganggu oleh pihak polis, sebaliknya wajar diberikan kerjasama oleh pihak polis.

"Apa pun, apa yang penting, kita jangan berhenti dan jangan mudah kalah. Apa yang kita mahukan adalah agenda perubahan,” tegas beliau.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Bar Council berkata demikian pada pertemuan Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu dan timbalannya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sewaktu kunjungan hormat mereka ke pejabatnya, Jumaat lalu.

Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini menjelaskan, dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Koodinator Bersih 2.0, Maria Abdullah itu, mereka telah bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan politik tanah air serta usaha-usaha ke arah pendemokrasian di negara kita.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, Mohamad Sabu yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan sokongan padu Penggerak Demokrasi atas usaha Bersih 2.0 bagi menggadakan ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 ini.

Katanya, Mohamad menegaskan, Penggerak Demokrasi akan menggembeling seluruh ahli dan penyokong PAS di seluruh negara bagi bersama-sama menjayakan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu, dengan berusaha mengumpulkan seberapa ramai untuk hadir.

Mohamad Sabu juga berkata, PAS juga kesal dengan sikap SPR yang sehingga kini masih membisu walaupun pelanggaran undang-undang pilihan raya jelas berlaku.

“SPR hanya jadi tokong yang tidak bergerak dan tidak berfungsi sebagai pengadil. Rakyat harus sedar, untuk pilihan raya bersih rakyat wajib bangkit menuntut pilihan raya yang adil,” tegasnya.

Tambah Mohamad Sabu lagi, SPR harus memenuhi tuntutan segera rakyat iaitu kepincangan undi pos yang harus dikaji semula dan akses ke arah media yang adil.

Sementara Syed Azman yang juga Adun Baru Buruk pula turut melahirkan sokongan penuh PAS kepada Ambiga yang menyaman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah menghalang beliau dari memasuki Sarawak secara sah walaupun ini merupakan hak bagi setiap warganegara Malaysia. -Harakahdaily.

Baca betul-betul laporan di atas siapa yang akan pimpin demo di atas?Lepas tu kita tengok golongan mana yang akan turun ramai-ramai di jalanraya.Setakat wacana , forum itu dah lumrahNampaknya ada yang mengelejat sakan , geli urat kentot dan terhegeh-hegeh nak tibai saya kerana posting saya .Mungkin bagi sesetengah orang Pas Mat Sabu hanya layak jadi jaguh kutip derma, jaguh himpun orang ramai-ramai tapi tak layak jadi Timbalan Presiden kerana ukuran mereka kena ada PHD, title Dr, tokoh akademik.

Tapi sayang ..pemimpin yang depa rasa cukup lengkap tu lah jadi fitnah kepada Pas! Selepas muktamar Pas 2009 ,Pas terpaksa berwacana di Taman Melewar supaya hati orang-orang Pas terubat dengan luka yang dilakukan sesetengah pemimpin Pas yang mahu memeluk Umno.Luka yang dilakukan itu hingga sekarang tidak sembuh malah jadi barah yang sukar diubati.Pas kata Umno ada penyakit Aids tapi yang yang ada penyakit Aids tu lah yang depa nak peluk.

Kerajaan yang zalim di dunia Arab bukan tumbang dengan berforum, berwacana tapi kerajaan zalim di dunia Arab tumbang akibat kebangkitan rakyat daripada semua golongan bukan yang duduk bersedap-sedap dalam bilik aircond sambil memberi arahan itu dan ini.Pondan sangatlah kalau lagu tu punya perangai.Kebangkitan rakyat Arab bukan dengan 4-5 ratus dengar forum tapi ratusan ribu manusia turun dijalanraya untuk tumbangkan Firaun Mesir Hosni Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan