Selasa, 7 Jun 2011

Bila barang makin mahal ,duit pun jadi kecik kerja sebagai jalang akan meningkat

Malaysiakini melaporkan Harga naik:Rakyat mula mengeluh: Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

Pengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

Mahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.Baca semua klik tajuk di atas.

Dulu saya ada kata kalau kita seluk poket masih ada dua tiga ringgit habuan nak minum tak pa lagi tapi kalau seluk poket apa pun dah tak ada habuan nak bayar minum teh kita akan mula berfikir nak cari jalan untuk dapatkan duit mudah.Yang beriman dan bertaqwa tak akan pilih jalan haram untuk isi perut anak bini bagi makan.Tapi bagaiamana pulak dengan yang kurang iman dan tak ada didikan agama?Depa akan cari jalan mudah termasuk jadi pelacur dan jalang untuk sara hidup mereka.Bukan lagi rahsia pelajar IPT terlibat dengan gejala pelacuran untuk cepat hidup mewah dan wang segera.Kalau harga barang terus naik dan naik kemungkinan hidup untuk cari wang segera sebagai jalang juga akan bertambah!Tambah -tambah kalau depa rujuk kepada ustazah Umno yang kata boleh melacur kalau darurat.

Bil elektrik naik, harga barang mahal, kos hidup bertambah, gaji tak naik ..semua jadi beban kepada rakyat yang tanggung segala -galanya akibat kerakusan kerajaan yang amat berkira subsidi untuk rakyat.

Baca juga;
Akses perjanjian tenaga hanya untuk MP sahaja-M'kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan