Isnin, 27 Jun 2011

Dah tua tapi Umno tak kebah-kebah demam kuning


Ingatkan hanya bayi baru lahir saja demam kuning, tapi demam kuning yang berjangkit pada Umno tak kebah-kebah gara-gara demo Bersih 2.0 9 julai.Bayi baru lahir makan susu kambing tak sampai 3 hari insyaAllah sembuh. Tapi Umno-Bn semakin dekat demo Bersih 2.0 Umno-Bn jadi semakin teruk demam kuning!

Ideologi komunis dah lama mampus kat Malaysia tapi main dengan demo Bersih2.0 9 julai ni tak pasal-pasal kata parti sosialis Malaysia (PSM) dituduh pihak berkuasa bawa ideologi komunis.Ini hanya kerana demam baju kuning Bersih 2.0.

Demam baju kuning ni juga hingga kini dah 81 orang ditangkap pihak polis.Lagi banyak ditangkap lagi laris baju kuning di Lembah Klang.Anak muda boleh tumpang meniaga jual baju kuning boleh juga dapat income.

Dulu demo Bersih 2007 tak ada tukang iklan macam sekarang.Kini Umno-Perkasa , media Umno, polis dan menteri tolong iklankan Bersih 2.0 tapi yang syoknya Umno-Bn pulak yang demam kuning!

Baca juga;
'Sejak bila pula kemeja T dianngap cetus perang?'-M'kini
Pak Samad:Puisi sudah jadi 'senjata'-M'kini
Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam,
    Bro, apa yang hang cakap tu betui, Umno la ni tak kebah2 demamnya,, Kite nak pakai baju bersih pun jadi masalah kat depa, dah tu tak kan nak pakai baju kotoq kot hahahhahahha....

    BalasPadam