Jumaat, 3 Jun 2011

Ulama ditegur hanya duduk di masjid sahaja

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Kelantan menegur perwakilan ulama yang lain agar lebih ke depan dalam masyarakat dan tidak hanya melakukan kerja "berpada-pada" antaranya sekadar duduk di masjid sahaja.

Sedangkan Mansor Daud, beliau menggesa ulama agar mencontohi ulama terdahulu dan guru pondok dahulu yang terlibat secara langsung dalam masyarakat.

"Mereka mempunyai kedudukan tinggi (dalam masyarakat), mereka ada kehebatan, bukan sahaja dihormati tetapi juga digeruni. Kalau berpada-pada sekadar di masjid, kita tidak menuju ke hadapan.

"Ulama mesti terlibat dalam pilihan raya, bukan sahaja sebagai ketua urusan ulama. Ulama mesti menjadi pengarah pilihan raya, mesti mengetahui unit-unit dalam jentera pilihan raya," katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya ulama mengetuai rombongan membuat aduan kepada pihak bertanggngjawab sekiranya wujudnya pengundi hantu.

"Rasa-rasanya jika ulama mengetuainya, hantu pun takut kepada ulama... Jadi ulama kena 'sengoti'(bersungguh-sungguh)," katanya sewaktu membahaskan usul peranan ulama dalam pilihan raya umum ke-13.

Tumpang jentera orang lain

Sementara itu, perwakilan Pulau Pinang turut mencadangkan jawatankuasa penerangan supaya menyediakan isu, tema atau tajuk isu semasa yang boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka boleh memuatkan isu-isu, ayat, tema yang boleh dimanfaatkan daripada laman web (untuk digunakan) di seluruh negara dan jentera penerangan lain di seluruh negera," katanya membahaskan usul itu.

Perwakilan Pulau Pinang juga turut menggesakan kepada pewakilan ulama yang lain memainkan peranan penting untuk memanaskan jentera pilihan raya dewan tersebut.

Menurutnya, memandangkan paluan gendang pilihan raya semakin kuat, tetapi masih terdapat di kalangan jentara yang "masih tidur".

Menjawab persoalan tersebut, pengarah pilihan raya sayap itu Datuk Hussin Awang berkata beliau mencadangkan supaya mewujudkan jentera pilihanraya ulama sehingga ke peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) atau Unit Peti Undi (UPU).

Katanya penubuhan tersebut terpulang kepada kawasan PAS berdasarkan kepada kemampuan dan keadaan di kawasan masing-masing.

"Sehingga hari ini, saya tidak dapat pastikan apakah jentera pilihan raya wujud atau MTD masing-masing. Pada pengamatan saya dalam beberapa pilihan raya kecil, secara tidak langsung organisasi ini masing belum wujud di peringkat MTD atau masih belum tersusun.

"Jika tidak mula daripada sekarang, hanya bergerak sebagai identiti ulama, maka ulama hanya menumpang kepada jentera orang lain," katanya dalam menyampaikan ucapan penggulungan usul tersebut.-Malaysiakini

Takziah kepada ahli keluarga Ustaz Ghazali Hasbullah yang meninggal dunia malam tadi akibat sakit tua.Moga Allah SWT ampunkan segala dosa beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Beliau semasa hayatnya pernah ditahan di bawah akta zalim ISA.Alfatihah

2 ulasan:

  1. PAS menyertai Pilihanraya sama ada PRK,PRN mahu pun PRU,untuk menang.Kemenangan bererti "kuasa" dan dengan kuasa Islam boleh ditegakkan.Proses yang senang ini pun gulungan ulamak tak faham.Asyik sibuk melolong "kepimpinan ulamak".Cubalah muhasabah betul-betul dalam setiap pilihanraya,apa ulamak dah sumbangkan?Cuba pula buat kajian sama ada wakil rakyat parlimen atau pun DUN berapa ramai ada yang boleh dipanggil "ulamak".Kalau dah dapat jawapan-jawapan ini,maka gulungan ulamak ini,berhentilah memekikkan "kepimpinan ulamak" sebab dalam PAS sudah ada Majlis Syura Ulamak,yang memastikan PAS berjalan atas landasan Islam yang jati.Bila tiba masa pemilihan memekik melolongkan "kepimpinan ulamak",tapi bila sampai masa nak buat kerja semua ulamak tidur.Ini realiti dan kenyataan.

    BalasPadam
  2. Aku ada seorang kawan yang terlibat dengan kursus pgs. Dia ni jenis tak tahu bersembunyi2/ berlapik. Persembahannya sentiasa diisikan dengan contoh2 tindakan yang boleh merugikan pas, khusus isu kerajaan perpaduan. Ini tidak menyenangkan pihak2 tertentu.

    Pgs pusat telah pun menghubungi salah seorang tim kawan aku untuk satu program di ganu sebagai persiapan pru13. Wakil pgs pusat meletakkan syarat hanya cukup dengan dua orang sahaja fasilitator untuk program tersebut dan dua yang lagi (kawan aku dan sahabatnya) tidak perlu!

    Pgs pusat diketuai oleh seorang ulama...

    BalasPadam