Khamis, 2 Jun 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man jadi kambing hitam?

Wow hari ni Utusan Malaysia tolong kempen sakan last minit dengan muka depannya 'Kekalkan Hadi-Nasha'(klik).Kempen jangan tak kempen.Tolong jangan tak tolong.Kalau Umno -Utusan dok tolong kempen sama bagi puak yang depa sokong menang tunggulah saat -saat kehancuran yang lebih dasyat daripada Stunami yang landa Jepun kepada Pas! Nak ulang lagi sekali kalau musuh dok up kita , puji kita kata baguih belaka sudah tentu ada udang balik mee maggie.Pasai apa Umno-Utusan nak sangat ulama dalam Pas ni sedangkan ulama dalam Umno cukup teruk depa layan?

Seperti yang saya katakan ulama tentu nak pilih ustaz -ustaz dalam Pas sebagai penyambung harta pusaka jawatan yang depa pegang.Depa ingat jawatan dalam Pas jadi harta pusaka para ustaz ..bukan ustaz tak boleh pegang..takat pegang dan pacak bendera parti ja walaupun ada kelulusan dan boleh manage parti dengan berkesan.

Yang syok lagi tu Utusan kata 'Gandingan Hadi -Nasha Mantap' berdasarkan laporan Utusan yang petik kata-kata Dr Haron Din , "Gandingan sedia ada sudah mantap dan tiada sebarang masalah antara mereka mahu pun kepada parti.".Kalau gandingan tu dah mantap kenapa Tuan Ibrahim Tuan Man diarah masuk bertanding ?Kenapa tidak biarkan saja pertandingan dua penjuru antara Nasha-Mat Sabu bertanding TP Pas?Adakah Tuan Ibrahim hanya jadi kambing hitam saja?

Dr Haron Din juga dilihat memperlekehkan kepimpinan Almarhum Yusuf Rawa di awal era kepimpinan ulama muncul dalam Pas dengan berkata
“Parti tidak mahu sejarah berulang apabila tugas presiden tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Yusof Rawa yang menggantikan Tan Sri Mohd Asri Muda,” katanya kepada Sinar Harian (klik) semalam.Nak kenal siapa Yusuf Rawa tengok di sini.

Siapa yang bawa masuk kepimpinan ulama dalam Pas?Adakah golongan bukan ulama jika berada di atas akan menghapuskan kuasa ulama dalam Pas?Pas ada Majlis Syura Ulama yang menentukan hala tuju Pas .So..apa yang takut sangat dengan golongan bukan ulama?Di bawah ini petikan daripada message facebook Mazhar Yusuf bertajuk Bermulanya Kepimpinan Ulama Dalam Pas;

"Bibit-bibit awal kearah kepimpinan ulama’ sudah nampak kelihatan apabila pada tahun 1978 . Era kepimpinan ulama mula dibahaskan didalam PAS ialah pada tahun 1979 dizaman kepimpinan Ustaz Asri Hj Muda. Usul "KEPIMPINAN ULAMA" telah dibawa oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang pada ketika itu dipimpin OLEH: Ketua Pemuda Pulau Pinang Mohamad B. Sabu manakala Timbalan beliau ialah Mahfuz B. Hj Omar. Ketua Pemuda PAS pusat ialah Haji Mustafa Ali, manakala setiausaha Pemuda PAS Pusat ialah Haji Ahmad Subki Abdul Latif

Mereka melihat Dato’ Asri yang memimpin PAS gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam malah ia tidak banyak beza dengan UMNO dari segi cita-cita Melayunya dan terdapat lagi beberapa orang pemimpinnya tidak memaparkan watak Islam. Dalam pada itu hubungan Dewan Pemuda PAS dengan kepimpinan induk agak dingin terutama dengan Yang Dipertua PAS sehingga timbul dakwaan Dewan Pemuda menjadi parti dalam parti (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 1981-1982: 3).

Akibatnya beberapa rundingan diadakan untuk meredakan keadaan melalui setiausahanya Haji Ahmad Subki Abdul Latif dengan Dato’ Mohd Asri Muda tetapi gagal. Haji Mustafa Ali yang menjadi ketua pada masa itu merasakan bahawa Dato’ Asri sudah tidak berkemampuan lagi untuk memimpin Pas(Abdul Halim Mahmood, 1983: 21). Malahan beberapa lajnah (biro) dalam parti tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau seperti Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulama’ .(Mastika Jan 1983: 8-12)".

Pas kena ingat dalam keadaan politik sekarang orang Cina dan India meluat sangat-sangat dengan Umno sebab tu mereka beri undi kepada Pas dan PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan