Khamis, 9 Jun 2011

Terimakasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak PM

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.

Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan,” katanya.

Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu.

“Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun WIEF telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai.

Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman.

Soalnya, apakah ini teladan yang boleh dijadikan contoh kepada rakyat.

Jelasnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai dua batang lilin di mana sebatang lilin yang diperuntukan oleh Baitulmal itu digunakan untuk perbincangan perkara rasmi kerajaan, manakala sebatang lagi yang dibelinya sendiri akan digunakan hanya untuk kegunaan perbicangan hal peribadi dan keluarga (private matters).

“Najib sepatutnya menjadi contoh sebenar, bukan sekadar retorik semata dalam ucaptama WIEF,” ujarnya.

Katanya, formula untuk Najib kira dan jelaskan kepada rakyat ialah waktu untuk urusan pertunangan (A) /jumlah seluruh urusan rasmi (B) x jumlah kos seluruh trip (C).-Harakahdaily

Berkaitan;

Dedah kos lawatan ke Kazakhstan, MP Pas desak Najib-M'insider

Risik anak PM kahwin:Diam jika tiada bukti, kata KJ-M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan