Isnin, 13 Jun 2011

Ilmu apa Tim Pres Pas pakai sampai Umno suruh buang perkataan Islam pada Pas?

Kata orang 'tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata'.Umno kata kat Pas Pas kata kat Umno ini perkara biasa dalam politik.Kelmarin PM Najib pun kata politik adalah persepsi.Tapi tang buat sungguh adakah juga persepsi?Sebagai contoh Umno rembat saham RM52 bilion untuk orang Melayu dan bumiputera adakah persepsi atau realiti?Sampai hari ni pemimpin Umno diamkan isu saham ini tak berani buka mulut.Sebab apa ?Tak lain tak bukan kerana Umno lah yang jadi tukang pelingkup hak Melayu.Ini yang dikatakan kebajikan cara Umno .

Kini Umno dok geram tak habis-habis lagi dengan kabinet baru Pas yang terdiri daripada golongan ustaz , aktivis dan profesional.Satu gabungan yang menakutkan Umno.Tak percaya Umno takut?Kini Umno mainkan isu Pas tak lagi Islamik.Besa la musuh tradisi Pas ni mampoih Pas buat apa pun semua tak betoi, kalau Umno dok puji Pas meleret tu bukan Pas dah tu Umno!

Umno yang sesak nafas dengan kabinet baru Pas kini mahu Pas gugurkan perkataan Islam pada parti Pas.Zaman Tun Mahathir dulu Umno beria-ia sakan nak buang nama Islam pada pertubuhan Islam tapi tak dapat perkenan Majlis Raja-Raja.Risikonya amat besar jika perkataan Islam dibuang kepada pertubuhan Islam ini.Majlis-Majlis Raja-Raja pun tahu akibatnya.

Kini setelah Mat Sabu jadi Timbalan Presiden Pas , ditambah dengan kabinet baru Pas yang berbeza daripada dulu ,Umno cabar Pas hapuskan perkataan Islam pada parti Pas.Bagaimana kalau yang menang TP Pas itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasharuddin Mat Isa?Adakah Umno akan desak supaya perkataan Islam dibuang pada parti Pas?Ini membuktikan Umno amat gusar dengan kemaraan Mat Sabu sebagai TP Pas ibarat halilintar membelah bumi!

Kata orang Pas kat saya,"Dulu Umno main cara kasar nak hapus perkataan Islam pada parti Pas tapi kini Umno dok pujuk Pas supaya londeh baju dan seluar sendiri dengan buang perkataan Islam pada parti Pas."

Sekarang apa saja yang dicakap Mat Sabu jadi berita utama media internet dan akhbar cetak.Media Umno dan puak Umno terpaksa korek dan gali apa saja yang ada kaitan dengan Mat Sabu untuk difitnah sebagai serangan balas.Hujah Mat Sabu Umno tak jawab tapi Umno cari makan dengan isu seks untuk jadi senjata berhujah.

Pas kini semakin segar hingga Umno terketar-ketar dengan kepimpinan baru Pas .
Baca juga;
Khalid Samad: Coretan Muktamar Pas ke 57.
Mat Sabu:Zaman sekolah pun orang akan ungkit-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan