Isnin, 6 Jun 2011

Baru beberapa hari pegang jawatan singa-singa Pas pantas menepis tuduhan jahat Umno


Gandingan hebat kepimpinan baru Pas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Pas Mat Sabu dan Naib-naib presiden seperti Husam Musa , Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayub dengan pantas menepis segala tuduhan jahat Umno yang kata Pas kini tidak lagi mempertahankan kepimpinan ulama.

Sibuk sangat Umno dengan kepimpinan ulama dalam Pas hingga ulama dalam Umno telah disejuk bekukan .Umno sebenarnya bimbang dengan singa-singa Pas di atas yang bisa buat Umno tak tidur lena mandi pun tak rasa basah .Gandingan mantap Mat Sabu dan Husam serta rakan-rakannya yang lain telah merubah senario politik negara dan memeranjatkan Umno dengan tindakan perwakilan memilih mereka sebagai harapan di saf hadapan untuk 'berperang' melawan Umno-Bn.Gandingan Mat Sabu dan Husam jadi 'think tank' kepada Pas .Umno kecewa kerana agenda mereka untuk memeluk Pas gagal dengan kehadiran singa-singa Pas yang tidak mudah dijual beli ini.

Pas tidak seperti Umno ..Pas martabatkan golongan yang dikatakan ulama berada di puncak paling atas dalam Pas melalui wujudnya Majlis Syura Ulama yang mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum Pas dipelihara dalam kegiatan , gerakan dalam pentadbiran Pas.

Kepada ahli-ahli Pas yang rasa sikit kecewa kerana calon pilihan mereka kalah ingatlah semua ahli Pas redha dengan pemilihan 2009 jadi u all semua juga kena redha dengan pemilihan 2011!Buat kerja parti bukan kerana pemimpin tapi kerana perjuangan Islam yang dibawa Pas.Pemimpin tak kira batang tubuh sapa pun akan lenyap satu hari nanti ...

Berkaitan;
'Jangan cuba suntik racun dalam Pas'-M'kini
Pemimpin Pas: 'Kami tak korban prinsip, Muhyiddin kena belajar dengan ulama'-M'insider
Mat Sabu mahu Majlis Syura dinaik martabat , diberi kuasa audit-M'insider
'Bukan Erdogan , ini Nik Aziz dan Hadi Awang'-TGHA-Harakahdaily
Raja Petra mahu kerjasama dengan Pas-M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan