Selasa, 7 Jun 2011

Umno dok keriau (menangis) tak habis lagi tak dapat peluk Pas

Umno masih berkabung tak habis-habis lagi dengan kemenangan 'team Mat Sabu & Co' dalam pemilihan Pas yang berakhir beberapa hari yang lalu.Mereka amat terkilan bila hasrat untuk terus memadu asmara dengan Pas janda lama mereka yang depa tendang keluar daripada Perikatan pada tahun 70-an lenyap dengan terlantiknya Hj Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas yang baru.

Pemimpin Umno kata barisan baru kepimpinan Pas bukan lagi ditunjangi ulama.Saya rasa nak termuntah bila dengar Umno sayang sangat dengan ulama dalam Pas! Betoiiii.Puak-puak Umno yang sayang sangat dengan ulama dalam Pas ni lah yang telah bunuh almarhum ustaz Ibrahim Libya pada tahun 1985 di Memali yang menentang akta zalim ISA.Beliau sanggup mati daripada ditahan di bawah akta zalim ISA.Moga almarhum dan sahabat-sahabatnya yang syahid dimuliakan Allah SWT.

The Malaysian Insider melaporkan Umno sedih pemimpin Pas tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz.Ini ayat lagi meloya.Saya nak kata roh perpaduan Melayu dah lama hancur.Yang ada perpaduan hanya untuk Umno terus berkuasa perintah negara ini.Sebagai contoh kes kematian Ahmad Sarbaini kakitangan kastam yang mati jatuh bangunan, kes kematian adik Aminulrashid di mana puak-puak pejuang Melayu ini berada?Di mana Perkasa, Gaps dan Pemuda Umno yang bermati-matian kata pejuang bangsa ini berada?

Mereka menikus takutkan ketua depa untuk bangunkan rasa simpati walaupun sebangsa dengan depa! Cuba engkorang tengok pula sebagai perbandingan kes kematian Teoh Beng Hock yang juga mati jatuh bangunan disiasat SPRM sama macam arwah Ahmad Sarbani...mereka begitu hebat semangat nak pertahankan bangsa depa tak kira depa daripada parti apa pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan