Khamis, 3 Mei 2012

Najib 'pau' AS1Bilion untuk Perimekar?

Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS1Bilion untuk Perimekar-Malaysiakini
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, terdapat satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.


Berkaitan;
Mahkamah Paris boleh keluar waran tangkap jika tolak sepina-Malaysiakini
'Amaran Merah' jika Najib berdegil hadir kes Scorpene-Keadilandaily


Laporan ini tidak keluar dalam TV3,RTM dan media arus perdana.Media Umno sibuk jadikan isu seks untuk kalih dan tutup keganasan regim Umno-BN, polis yang jadikan rakyat sebagai mangsa keganasan mereka dalam demo Bersih 3.0.Mereka boleh arahkan Astro tv berbayar untuk edit berita Aljazeera dan BBC news tapi mereka tidak dapat kawal media baru, internet.


Lama-lama semua rakyat tahu apadia itu skandal Scorpene macam rakyat di kampung-kampung sekarang ini tahu apa itu Bersih.Mereka semakin bersemangat untuk hadir Bersih 4.0.Lagi rakyat kena tekan lagi semangat mereka mahu tumbangkan Umno-BN.

1 ulasan:

  1. xboleh pakai punyer stesen tv...hampehh..membodekk 24 jam skrg

    BalasPadam