Selasa, 1 Mei 2012

Malu woi malu! Tv Astro perangai macam TV3 suku dan RTM

BBC siasat dakwaan Astro suai pinda laporan-m'kini
Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayarAstro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.

Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan.


Sementara itu dalam laporan themalaysian insider BBC menyelar Astro dengan berkata,“Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.
“Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran,” kata wakil BBC melalui emel kepada  The Malaysian Insider.


Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat “permohonan segera” kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.
“BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.
“Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada versi asal BBC,” katanya.
Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.
Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0.Baca di sini.


Pelanggan TV Astro bukan semua penyokong BN tapi semua rakyat Malaysia yang berbeza ideologi politik.Malu la sikit woii kat dunia antarabangsa kalaupun tak malu kat rakyat Malaysia yang dah tau perangai busuk hang pa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan