Isnin, 7 Mei 2012

Demontrasi haram macam fatwa hisap rokok haram tapi boleh hisap



Dunia akhir zaman macam-macam fatwa ada.Ada fatwa untuk periuk nasi dan gaji yang diterima.Ada fatwa untuk bodek supaya dapat ganjaran.
Kini ada fatwa kata kata demo cetus huru-hara haram.Siapa yang cetus huru -hara?Kenapa keluar fatwa tidak buat kajian kedua-dua belah pihak antara kaki demo dan pihak regim Umno-Bn yang jadikan polis sebagai barua mereka.Nak keluar fatwa kena pergi tanya paling kurang pihak Suhakam dan Persatuan Peguam yang kata tindakan polis yang ganas tidak boleh diterima.
Kaji dulu la baru keluar fatwa!
Kalau tidak jadi macam fatwa hisap rokok haram tapi kilang rokok paling besar ada di Malaysia!Bukan makin kurang orang hisap rokok malah budak sekolah pun hisap rokok sebab Malaysia ada banyak kilang rokok.
Polis ganas, pukul rakyat yang pakai baju kuning, kacau rakyat  baju kuning dalam restoran, maki hamun rakyat yang sedang makan tak ada fatwa ka kata haram?
Di Mesir tempat para ustaz belajar di Al-Azhar ada demontrasi besar hingga tumbang regim Mubarak tapi ulama Mesir tak kata haram berdemo walaupun ada yang mati semasa berdemontrasi.
Rampas kuasa di Perak tak haram ka?
Jadikan warga asing sebagai warganegara untuk undi BN tak haram ka?
Menipu dalam pilihanraya tak haramka?
Bagi duit kepada pengundi untuk undi BN tak haramka?
Dunia hari ni bukan takat jual betina, jual unta, agama pun nak didagangkan untuk cari untung.Untung dunia akhirat masuk neraka!
Yang ini tak ada fatwa ka?
Lagi banyak tok lebai kata haram demo maka lagi ramai malah berjuta akan turun ke jalanraya jika pru diadakan tanpa tunaikan 8 tuntutan!

2 ulasan:

  1. Kelakar PR, Minta macam budak2. Tuntut 8 perkara semua nak suruh ikut. Kalau anak sendiri minta 8 perkara belum tentu dapat bagi semuanya. Fikir pakai akal, bukan ikut nafsu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 8 tuntutan tu bukan permintaan budak2 lol. Ini tuntutan untuk melantik dan memilih pemimpin secara adil,telus dan tidak dipertikaikan dari segi keabsahannya. Macam Pilih pemimpin dalam rumah...untuk imam sembahyang..takkan ko nak pilih dari kalangan orang yang tidak bermoral dan penipu untuk jadi imam sembahyang. Lu pikir lah sendiri....

      Padam