Khamis, 3 Mei 2012

MCA juga nak runtuhkan kerajaan BN?

Selepas Demo Bersih 3.0 pemimpin Umno,termasuk bekas PM Tun Madey kata Demo Bersih 3.0 mau runtuhkan kerajaan, diresapi golongan penghasut, komunisla dan macam-macam lagi.Tun Madey lupa anak beliau Marina Mahathir juga hadir Demo Bersih 3.0.

Kini lebih parah lagi di Melaka Ketua Wanita MCA turut hadir dalam Demo Bersih .Takkan MCA juga mau runtuhkan kerajaan BN?

Kian digesa letak jawatan

MELAKA TENGAH: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, dekat sini, Sabtu lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, tindakan menyertai perhimpunan haram yang didalangi parti pembangkang itu juga membuktikan Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

“Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru,” katanya.-myMetro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan