Jumaat, 18 Mei 2012

Puak senaman punggung patut demo depan rumah Najib dan Zahid Hamidi

Persatuan Veteran Tentera Melayu patut berdemo depan rumah PM Najib dan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan yang dikaitkan dengan skandal Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis.Skandal Scorpene yang dapat liputan meluas media antarabangsa digelapkan laporan berita dalam media arus perdana yang dikuasai Umno-BN.

Hingga kini PM Najib mati kutu tutup mulut isu skandal Scorpene di mahkamah Perancis yang dakwa beliau minta komisen RM3bilion untuk diberikan kepada syarikat Perimekar yang ada kaitan dengan Razak Baginda sebagai komisen jual beli kapal selam Scoperne.Zahid Hamidi pulak terang-terang tolak untuk disapina ke Perancis.

Tambah timbul kesangsian isu skandal Scoperne apabila Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin hanya mampu kata no komen!no komen! apabila diajukan pertanyaan skandal Scoperne.Muhyiddin sendiri dilihat tak mahu bela PM Najib isu Scoperne secara tak langsung buka laluan lebih lebar kepada Muhyiddin untuk ganti Najib sebagai Presiden Umno.Kalau nak jadi PM belum tentu sebab jika BN kalah besar pru 13 nak jadi PM apa lagi haha
Kata orang bangkai gajah mana boleh tutup dengan tudung saji!

Scorpene :Mahkamah Perancis mula perbicaraan pembabitan Najib kes rasuah  RM800 juta-Keadilandaily.com

Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan daripada The Vancouver Sun itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada tentera laut Malaysia.
Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.
“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.
Laporan itu juga menyebut, mahkamah mahu mendapatkan bukti mengenai pembayaran USD46 juta kepada syarikat Terasasi milik Abdul Razak dan bapanya,  Abdul Malim Baginda yang pada asalnya diperbadankan di Malaysia, tetapi kemudian didaftarkan di Wan Cai, Hong Kong.
The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai komisen perjanjian Scorpene.
Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.
“Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan. Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang dijangka pada Jun (ini),” kenyataan itu dipetik.
The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada.
Laporan penuh di sini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan