Ahad, 28 Mac 2010

Tun Mahathir terus hentam Pak Lah gelar "Mr Corridor"

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.

Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.

Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

Suara-Keadilan

Sudah-sudah lah Tun Mahtahir umur pun dah senja tak lama lagi Allah Taala dah nak jemput, bawa-bawa bertaubat lah sepanjang Tun jadi PM terutamanya berkaitan agama Islam banyak kenyataan Tun yang merapu tentang Islam. Hanya Brahim Ali saja yang mampu sedekahkan "ampunya" pada Tun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan