Khamis, 11 Mac 2010

Mahkamah Syariah Rebah Terkulai

Antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang mana lebih berkuasa dalam isu libatkan Islam dan penganutnya? Keputusan Mahkamah Syariah boleh dicabar di Mahkamah Sivil dan akhirnya terpaksalah kanak-kanak yang dah Islam terpaksa tinggal dengan ibunya yang bukan Islam.Hakim yang buat keputusan pula juga beragama Islam.Bapanya yang beragama Islam terpaksa mengalah kerana hakim dah buat keputusan anak-anak yang beragama Islam diserah kepada maknya yang bukan Islam.Kita tak rasa apa-apa ka?

Murahnya nilai agama kita.Murahnya maruah agama kita boleh dilelong-lelong macam barang pasar malam.Mahkamah Syariah kita hanya jadi tempat untuk rujuk, nikah dan cerai saja yang lain tak ada apa-apa kuasa langsung tak dihormati dan disegani.Apa boleh buat orang Melayu-Islam murtad pun tak ada undang-undang yang keras untuk halang mereka keluar daripada Islam.Nak keluar Islam keluar lah nak masuk balik masuklah.Macam masuk rumah dan keluar rumah saja.

Baca;
Isteri bukan Islam dapat hak jaga tiga anak mualaf-Malaysiakini
Jawapan Abdul Aziz Bari tentang hak jagaan juvana-Harakahdaily
Akhbar Sweden siar kartun hina Nabi-Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan