Selasa, 16 Mac 2010

Kuasa Rakyat Mengatasi Kuasa Umno-Bn

Jika kita mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menentang kezaliman Umno-Bn yang suka buat draf dan perancangan yang menyusahkan rakyat Umno -Bn akan fikir dua kali untuk meneruskannya. Dalam laporan Malaysiakini- Dilema Najib: Cukai atau hilang undi menyatakan;

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.Baca lagi di sini.

Sudah banyak ketidakadilan BN terhadap rakyat dilakukan sehingga rakyat yang bencikan kezaliman BN turun dijalanraya seperti demo Bersih, Gerakan Mansuhkan Isa,demo harga minyak, demo Bahasa Melayu tetapi kerajaan hanya memekakkan telinga dan ramai pejuang-pejuang rakyat telah ditangkap dan disumbat kedalam lokap dan penjara.

Kita rakyat mempunyai kuasa untuk mengajar BN bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak betul dengan kuasa undi yang ada pada kita dalam pilihanraya. Umno-Bn sedar semua itu kerana rakyat semakin bijak membuat keputusan dalam pilihanraya.

BN tidak lagi boleh mendabik dada bahawa apa saja yang mereka buat akan diterima rakyat bulat-bulat.Segala masalah ekonomi yang dihadapi negara tidak boleh dihalakan kepada rakyat untuk menanggungnya kerana segala masalah berpunca daripada pemerintah bukan kita.

Orang miskin dan hidup melarat sekalipun mampu jatuhkan kuasa Umno-Bn jika mereka ada kesedaran politik yang tinggi jika pandai memakan umpan yang diberi tetapi tidak memakan mata kail yang hendak menelannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan