Isnin, 29 Mac 2010

TGNA bukan lagi Murshidul Am Pas: Macam mana boleh tersilap?

mStar Online melaporkan Nik Aziz Bukan Lagi Murshidul Am Pas Sejak Tiga Bulan Lalu;

Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti.

Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat semalam.

"Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu.

Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu.Baca lagi di sini

Macam mana dah tiga bulan baru sedar kesilapan teknikal?

1 ulasan:

  1. TGNA cuba menafikan bahawa wujud masalah dalaman PAS. orang Pas sudah tidak suka kepada TGNA. TGNA dilihat sebagai liabiliti kepada PAS sekarang kerana banyak kenyataan dan masalah yang ditimbulkan oleh TGNA. Yang buat orang marah lagi sebab masalah yang dibuat oleh TGNA terpaksa diselsaikan oleh orang lain. bermula dengan isu rasuah haji, pelantikan menantu sebagai ceo dan rasuah yang dilakukan oleh menantunya dan masalah tidak sepakat dengan pemimpin atasan termasuk dengan presiden PAS antara faktor orang PAS muak dengan TGNA. Mungkin sudah sampai masanya TGNA berehat daripada dunia politik dan berehat bersama keluarga di rumah disamping dapat meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH daripada sibuk berbicara hal dunia.

    BalasPadam