Rabu, 24 Mac 2010

Selepas Zahrain , Zul pulak kata nak kena upah..

Zulkifli Noordin MP Kulim Bandar Baharu berkata beliau telah diupah untuk fitnah PM Najib dan bininya Rosmah Mansor supaya dikaitkan dengan pembunuhan kejam ke atas wanita Monggolia ,Altantuya . Selepas Zahrain MP Bayan Baru yang dedahkan isu 16 september kini tiba pula giliran Zul untuk dedahkan segala yang terkandung dalam perutnya.

Dalam laporan Bernama -Dewan Rakyat: Zulkifli dedah tawaran "menggoyahkan iman" untuk fitnah Najib , Rosmah melaporkan;

Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin Rabu mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Wow.. kalau dah keluar parti , semua benda jadi busuk, jadi taik tak jadi wangi dah.Bantal peluk Zul dalam parti Keadilan dulu dah dibuang jauh-jauh. Kesian nasib para pengundi Kulim Bandar Baharu yang dapat MP kaki gelembong. Eloklah tu teruskan temberang , rakyat sedang perhatikan gelagat anjing-anjing penyerang Umno ni di Parlimen. Teruskan... sekali dua mohong ok la tapi kalau dah banyak kali ..orang tak percaya dah.

Cerita bab lain boleh la tapi kalau bab Altantuya...sapa nak percaya?

Sekarang ni musim orang yang keluar parti dapat tempat dalam media, mereka jadi popular. KPN Musa Hasan juga jadi popular sebab dedahkan ada pihak ketiga yang berkuasa dalam urusan polis.Tu pun dedah sebab dah nak pencen.

Baca juga;
Kes Altantuya : Zul dakwa diarah kaitkan PM, Rosmah- Malaysiakini
Zulkifli Noordin akan jumpa , minta maaf pada PM-Bernama

1 ulasan:

  1. Kira okay la tu dia keluaq dari parti DAJJAL Mata Satu tu...Bebas.... Jangan la jadi serupa Bulan kelapaq kuasa sampai tak kenai dah mana satu dajjal macam duk jadi la nie.. Punya la desperate sampai kalau setan bagi bantuan pun, sanggup terima... Tak gitu???? Bodo piang....

    BalasPadam