Jumaat, 26 Mac 2010

Pengundi Parlimen Hulu Selangor Wajib Tumbangkan Talibarut Israel


Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati kecuali penyakit tua dan ketetapan Tuhan iaitu mati. Ajal yang menjemput kita tidak lambat sesaat dan lebih sesaat pun untuk hantar kita ke alam barzakh. Yang pergi tetap pergi perjuangan melawan kezaliman Umno-Bn mesti diteruskan demi masa depan anak cucu kita dan negara yang kita sayangi ini.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya macam dah tak sabar nak adakan pilihanraya kecil di Parlimen Hulu Selangor tidak seperti acahan dan main-main adun Titi Tinggi di Perlis yang merajuk tak dapat jadi Exco. Perangai MCA dan Umno sama dalam hal yang libatkan kebendaan. SPR dan Speaker dun Perlis boleh pulak main tarik tali isu perletakkan jawatan adun Titi Tinggi.

Di celah- celah keributan penglibatan kerajaan Umno-Bn yang jadi tali barut Israel dengan mengambil syarikat APCO sebagai perunding imej negara untuk promosikan 1Malaysia Allah menguji kita dengan diadakan pilihanraya kecil di Hulu Selangor.Allah bagi pilihan kepada kita sebagai umat Islam dan orang Melayu masih mahukah lagi bersekongkol dengan parti Umno -Bn yang jelas melukakan hati umat Islam di Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia.

Tidak guna Pemuda Umno berkokok lantang , menyalak-nyalak benci Israel kerana membunuh umat Islam Palestine tapi dalam masa yang sama Umno-Bn salurkan projek kepada syarikat Israel Laknatullah. Harakahdaily dalam beritanya Apco serlahkan Umno talibarut Israel memetik kata-kata Naib Presiden Pas Mahfuz Omar yang menganggap Umno tali barut Israel:

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Pendedahan Ahli Parlimen Machang di Parlimen Saifuddin Nasution mengenai buruknya akhlak pemimpin Umno yang menjadikan arak sebagai hidangan sambut majlis ulang tahun perkahwinan dan adanya pemimpin Umno yang tertidur di meja judi menggambarkan pemimpin Umno semakin jauh daripada nilai-nilai agama Islam yang amat menitik beratkan akhlak yang terpuji. Arak dan judi dah jadi teman setia Umno.Jauhkan diri anda daripada Umno yang semakin korup dan sesat.

Berkaitan;
Pilihanraya kecil Hulu Selangor dijangka 'curi tumpuan'-Malaysian Insider
Dr Zainal: Pejuang parti yang sukar dicari ganti-Suara-Keadilan
MP Hulu Selangor meninggal dunia-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. sekali lagi PRK.. tp nampaknya di waktu yg sangat tidak kena kepada kedua2 belah pihak.. mungkin menjadi PRK yang paling mengujikan untuk PR dan UMNO.. sori admin sy copy link ni ke blog sy ye.. hehe http://otaikun.blogspot.com

    BalasPadam