Sabtu, 13 Mac 2010

Cara Lintah darat dan cekik darah meniaga

Ini adalah cara Melayu Umno menolong Melayu Umno meniaga.Yang untung adalah Melayu Umno yang meniaga atas angin.Melayu Umno yang seronok dapat meniaga buka kedai ingat boleh untung banyak rupa-rupanya dah meniaga 5-6 bulan baru tau tak boleh untung.Untung yang dapat kena bayar sewa mahal kepada yang meniaga atas angin.Meniaga apa pun yang untung banyak orang tengah.

Agensi kerajaaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pun boleh disubkan kepada syarikat Umno untuk uruskan.Kenapa MARA tidak direct saja dengan para peniaga kenapa pulak pakai orang tengah?Biasala kalau tidak macam mana syarikat kroni nak kaya-raya.Nak untung lebih.Bila sewa mahal barang yang dijual pun jadi mahal.Bila jual mahal orang pun tak mau beli.Tempat lain jauh lebih murah.

Lapor Malaysiakini;
Ahli parlimen Khalid Samad meminta pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan menteri berkenaan supaya tampil memberikan penjelasan berhubung penyewaan sebuah pusat membeli-belah kepada sebuah syarikat swasta.

Katanya, bermula Julai tahun lalu, kompleks tersebut diserahkan di bawah pentadbiran syarikat Inno Elegan Sdn Bhd yang dimiliki naib ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawatty Hussein.

Khalid mendakwa para peniaga di situ tertekan kerana kurang pelanggan kerana syarikat berkenaan didakwa tidak mahu belanja untuk promosi.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, beliau berkata, bangunan tersebut disewakan keseluruhannya kepada Inno Elegan dengan nilai RM22,000 dan disewakan semula kepada peniaga sebanyak RM60,000 (untuk kesemua lot).

Katanya, jumlah sewaan satu lot boleh mencecah kepada RM2,000 mengikut keluasan dan lokasinya dalam pusat membeli-belah tersebut.

Sebelum ini, tambahnya, MARA menyewakan terus lot-lot kedai di pusat membeli-belah di pusat bandar Shah Alam itu secara langsung kepada peniaga.

Khalid juga mendakwa sewaan kepada Inno Elegan adalah tempoh selama sembilan tahun dan diperbaharui setiap tiga tahun.

Menyentuh soal 'penglibatan' pemimpin Puteri Umno dalam syarikat tersebut, Khalid berkata:

“Saya tidak pertikaikan syarikat tersebut, saya minta MARA dan menteri (bertanggungjawab pada) MARA (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar) beri penjelasan.”

Baca juga;
Ketua Puteri dapat kontrak Anggerik Mall, apa penjelasan Umno?-TVSelangor.com

1 ulasan:

  1. korang dtg sendiri anggerik mall, tgk melayu yang langsung tiada daya saing yang meniaga. Yg yb khalid nk bela diorang melayu tongkat ni sgt buat apa? Nk jd hero anggerik mall ke?

    BalasPadam