Selepas Tun Daim Zainuddin kata Umno hanya mampu menang 3 negeri saja dalam pru 13 kini Tun Mahathir bekas PM Malaysia pulak dah tak yakin dengan kekuatan Umno untuk menang pru 13.Tun Mahathir semakin bercelaru dan rimas jika Umno kalah memikirkan untung nasib pemimpin Umno-Bn yang banyak skandal yang akan didakwa di mahkamah jika Umno kalah pru 13.Betullah kata orang hidup ni macam roda yang berputar atas bawah dan tak semestinya kita akan sentiasa menang dan menang.Satu hari kita juga akan rasa kalah walaupun rasa pahit ditelan.
Kata Tun Mahathir "Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.Baca di sini.
Bagaimana pun PR janganlah terlalu seronok untuk menang dan menang ketika SPR masih belum buat lagi 7 tuntutan Bersih yang maukan supaya pru 13 dijalankan secara anak jantan tanpa berlaku penipuan dalam pilihnaraya.Najib begitu yakin akan tawan Selangor daripada PR dan pertambahan pengundi di Selangor yang mengejutkan terus jadi pertikaian.Masih kah anda ingat pertambahan masa mengundi di Selangor sampai dua jam dalam tahun 2004?Jika SPR terus jadi barua kepada Umno-Bn maka amat malang lah nasib PR untuk tawan Putrajaya!Ini hakikat dan kenyataan.Jika pru diadakan secara bersih sudah lama Umno-Bn hilang Putrajaya.
Sebelum ini tak pernah kita dengar pemimpin Umno bercakap soal kalah tapi kini mereka dah rasa detik-detik kekalahan mereka macam orang dah nak habis umur.Kekuatan Umno kini hanya terletak di tangan pengundi Melayu yang berada di Felda, Felcra, Risda dan di kampung saja.Jika Melayu ini bangkit tolak Umno dalam pru 13 akan datang maka ramalan Tun Daim dan firasat Tun Mahathir akan jadi kenyataan.Jika Melayu kampung dan para peneroka buka pasung dan rantai Umno yang belenggu mereka maka Umno akan menangis tak berlagu dalam pru 13 akan datang.
Kalau pemimpin veteran Umno dah tak yakin dengan kekuatan Umno buat apa lagi Melayu kampung dan para peneroka bertongkatkan Umno.Buat rugi ja.Pemimpin veteran Umno pun dah keluar Umno masuk parti lain.Yang tak dapat apa di kampung-kampung dok tunggu apa lagi tak sedar-sedar kata kapal Umno dah nak karam.Kekuatan Umno yang kuasai semua media arus perdana dah tak mampu nak kekang kebangkitan rakyat tolak Umno .Semua peluru dan senjata politik dah nak habis digunakan tapi majoriti rakyat tetap tak bersama Umno-BN.Mereka mahu Malaysia baru tanpa Umno-Bn.Mereka mahu merdeka kali kedua.
Senjata Umno kini dulu dan selamanya untuk tipu Melayu ialah seks,seks dan seks.Homoseksual, bioseksual dan segala jenis seks.Dulu upah Melayu untuk tipu Melayu dengan isu seks kini bila Melayu yang buat macam-macam kisah seks tak laku upah pulak bukan Melayu dok jaja kisah seks kepada orang Melayu.Depa layan kita orang Melayu macam tak ada kelas langsung.Lebih teruk daripada kasta paria dalam masyarakat India.Inilah perangai Umno yang patut dihumbankan dalam lubang kubur buat selama-lamanya.
Baca juga;
BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan, kata Khir Toyo-M'insider
Lima negeri 'dalam bahaya' untuk BN ketika PRU, kata Khir Toyo-M'insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan