Sabtu, 31 Mac 2012

Mesti tonton terutama penduduk Gebeng dan Kuantan



Bukit Merah :Anak Lai Kwan meninggal dunia


Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam, tadi.  Tubuh Cheah didapati menggetar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan.


Cheah Kok Leong  ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982.  Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepadaMerdekaReview ketika dihubungi.
Lai Kwan kini berusia 70 tahun.  Beliau mempunyai lapan orang anak.  Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong.

Lai Kwan  yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC.  Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong.  Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan

Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal.  Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik".

Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell (gambar kiri) ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan.

Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya.  Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat.  Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat.-Merdekareview.


Harus dingat kesan radioaktif tak kira Melayu, Cina dan India yang jadi rakyat Malaysia.Kalau terbukti kilang Lynas boleh beri kesan buruk dalam jangka masa panjang semua penduduk di Gebeng dan Kuantan terutamanya akan rasa akibatnya.


Tolak Umno-Bn dalam pru 13!

1 ulasan:

  1. It is truly а nice and useful pieсe οf infoгmation.
    I'm satisfied that you just shared this helpful information with us. Please keep us informed like this. Thank you for sharing.

    my weblog :: Verantstalltungen Ludwigshöhe Darmstadt

    BalasPadam