Selasa, 6 Mac 2012

RM500 juta duit Yayasan Selangor lesap lepas tu senang-senang minta maaf

'RM500 juta lesap dari Yayasan Selangor semasa BN'-Malaysiakini

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa  aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor  mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan.-Mkini


PM Najib dah banyak kali lawat Selangor dalam masa terdekat dan kali terakhir Najib minta maaf kepada rakyat Selangor atas kesilapan lalu semasa Umno-BN berkuasa.Ni baru satu kes didedahkan penyelewengan yang dilakukan Umno-BN yang lain belum kira lagi.Sebab tu kalau Umno minta maaf bolehkah senang-senang dimaafkan macam tu saja.Betullah Umno ni macam makhluk perosak yang merosakkan wang rakyat Selangor.


Baca juga;
MB:2.71B untuk Umno Selangor bukti penyelewengan dana rakyat-TVSelangor.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan