Misai Merah

Pakat-pakat bagi peluru,tabur paku,bola tanggung kat Umno

Orang Pas di bawah-bawah ni seronok dok lawan Umno pagi petang siang malam.Sama juga macam orang PKR yang niat betoi-betoi nak lawan Umno.Bukan ajak lawan tumbuk dan bagi flying kick tapi lawan kezaliman Umno-Bn kepada rakyat ,lawan ideologi , lawan hujah dengan hujah dan fakta.

Tapi dalam dok seronok-seronok tu apa hang pa rasa bila pemimpin kita bagi bola tanggung, bagi peluru kepada Umno dan tabur paku kepada kita yang dok lawan Umno?Kita di bawah kena smash sampai jatuh terlentang , terlanggar tiang nak cover balik apa pemimpin di atas cakap sebab terlampau seronok nak dapat undi.

Mula -mula isu Anwar Ibrahim yang didakwa setuju pembentukan negara haram Israel di atas tanah orang Palestine dengan syarat tentera Israel berhenti serang dan bunuh orang Palestine.Lepas tu isu pemimpin PKR yang bergelar ustaz didakwa berkhalwat dengan bini orang.Saya tak tuduh tapi jadi isu untuk dijaja Umno dalam blog mereka dan media arus perdana.Lepas tu kita dikejutkan pulak dengan kenyataan umum oleh Dr Dzulkefly AJK Pas Pusat yang kata;

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.Baca semua di sini.Tun Madey terus smash Pas dengan kata Lim Kit Siang patut jadi Presiden Pas.Tun Madey juga patut cadangkan Chua Soi Lek jadi Presiden Umno sebab Umno-MCA jadi raja di Malaysia dalam bab hina hukum Islam.

Apa yang berlaku di Kedah isu perlantikan exco juga telah menimbulkan persepsi yang buruk kepada Pas selaku parti yang memperjuangkan Islam.Yang jadi ketua  rasa sangat-sangat kepala dia keras kalau hantuk ke dinding pun dia ingat tak pecah!Jangan ingat apa yang kita buat semua betoi dan pandangan orang lain tak boleh diterima.Ni baru sama dengan Umno.Kalau kata Pas ganti Umno tapi kalau takat ganti saja perangai sama memang betoila Pas Ganti Umno.
Baca ;

3 comments:

wt sakit kepala je pemimpin2 kt atas ni,tk abis2 buat hal,


ok la tu.. kan ka parasit jenih baik-baik yg duk ada dalam Pas..


Pemimpin BN or PR 2x5, 5x2.
Rakyak di permainkan. Bull-shit


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009