Rabu, 7 Mac 2012

Motif bunuh Altantuya tak penting, siapa yang suruh bunuh Altantuya juga tak penting

Penghakiman Altantuya :Motif bunuh tak penting-Malaysiakini

Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.


"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motifuntuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.  


Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.Baca semua di sini.


Hingga kini siapa yang suruh Azilah dan Sirul bunuh Altantuya tak terjawab.Tak disiasat.Ini juga tak penting yang penting Altantuya mesti dibunuh hingga berkecai.


Carilah isu Altantuya ni dalam media Umno mampoih tak jumpa.Dalam Utusan hanya ada krisis Pas Kedah belum selesai.


Adakah  dua anggota polis UTK tu saja-saja nak pi bunuh Altantuya kalau 'orang besar' tak suruh bunuh?


Sama juga macam samseng Umno yang mengganas dalam ceramah PR, mereka berani buat kerja gila tu ingat tak ada pemimpin Umno suruh?Kalau tak ada upah mau depa pi kacau ceramah PR?Betul-betul macam filem Tamil dan Hindi politik negara kita.



6 ulasan:

  1. Kalu tak penting, kenap jadi kes?

    BalasPadam
  2. kalau mcm tu aku nak upah pembunuh upahan sebab mmg aku nak org tu mati. motif x penting yg penting siapa yg bunuh. selamat aku masa kat dunia je tapi akhirat tetap kene.

    BalasPadam
  3. Balasan dunia terlepas tetapi balasan tuhan tiada siapa yang akan terlepas.

    BalasPadam
  4. SAMDOL PUNYER HAKIM..INI BUKAN HAKIM, INI HAROM...

    BalasPadam
  5. hukuman gantung itu akan menutup mulut dari terbongkarnya siapa dalang sebenar diatas kematian altantuya.

    BalasPadam