Isnin, 5 Mac 2012

Isu Pas Kedah: Janganla cucuh mercun tepi telinga kawan, cucuh la kat Umno!

Ketika PM Najib buat serangan hebat ke seluruh negara dan berjanji kosong kepada rakyat untuk menang pilihanraya yang jadi 'ibu segala pilihanraya' penyokong Pas, ahli Pas dan Pakatan Rakyat dikejutkan dengan kemelut perlantikan exco di Kedah.Ramai pakat terkejut beruk dan terkejut kera sebab pemimpin di atas pakat cucuh  mercun tepi telinga kawan.Lepas pakat cucuh mercun pakat-pakat pulak pekup lubang telinga.Kalau biaq lama-lama bukan takat cucuh mercun tepi telinga kawan mungkin lepas ni pakat lawan baling taik pulak sesama sendiri.

Orang Pas kot bawah-bawah ni kalau dok kedai kopi tak dan 5 minit hirup kopi terus bingkas bangun kerana kawan-kawan Umno dok perleceh dengan apa yang terjadi antara MB Kedah dan exconya.Depa tak tahan telinga.

Ada yang sokong MB Kedah Ustaz Azizan dan ada juga yang sokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah iaitu IR Phahrollrazi dan Dr Ismail  Salleh yang jadi Timbalan pesuruhjaya 11.Ada yang kata siapa betul siapa salah?Di sini bukan kira sapa betoi dan sapa salah yang pasti apa yang terjadi dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah tu dah tak dapat nak palam dan kamboih lagi.Perkara ni dah lama dan elok juga diluahkan daripada membara dalam dada atau jadi api dalam sekam.Biar terang dan jelas apa yang tak puas hati.Baru tau jangan kata  hidup ni buat apa pun kita ja yang betul  dan tak boleh ditegur.Kita bukan malaikat kita hanya manusia biasa.Jangan bila ada sedikit kuasa kita jadi kaduk naik junjung.

Ada yang kata kenapa perasaan tak puas hati ni diluahkan sekarang sedangkan pru 13 dah dekat.Kenapa tak tunggu selepas pilihanraya baru pakat lawan cucuh mercun sesama sendiri.Macam-macam lagilah.orang pakat kata.

Kini keputusan AJK Pas Pusat telah dibuat dengan ustaz Azizan kekal sebagai MB Kedah dan Ir Phahrolrazi dan Dr Ismail kena terima jawatan exco yang mereka tolak.Maknanya tak ada apa pun yang berubah hanya yang mungkin berubah ialah perangai dan sikap.Kita jadi ketua bukan untuk ditakuti macam tikus takut kepada kucing tapi jadi ketua yang bertimbang rasa.Kalau dengan orang lain kita tak cenge buat apa kita nak cenge sangat-sangat  sesama sendiri.

Mungkin ada perkara lain yang dibincangkan dalam mensyuarat yang berlangsung sampai 3 pagi itu tak didedahkan kepada umum takut jadi mudarat. 

Memang tak dinafikan Kedah kini lebih baik daripada Umno-Bn berkuasa dalam meningkatkan hasil negeri terutama hasil balak hingga 205 peratus dan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 sendiri mengesahkannya.Zaman BN hanya RM8 juta setahun.

Jangan ubah 'mood' rakyat yang meluat kepada Umno dengan buat kerja baling mercun sesama sendiri!Baling la mercun tu kat Umno buat apa menyusahkan penyokong dan ahli di bawah.

Berkaitan;

1 ulasan:

  1. Biasa la tu...dah pakat ada mercun tangan plak gatai....dia gaduh nak cucuh x kira tempat x kiira waktu la...umnoo plak dok kira hantam meriam kabat laaa...lama2 pakat tuli pi habih.....

    BalasPadam