Scorpene: Peguam sudah akses kertas siasatan
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.
Katanya, pihaknya masih menunggu pendedahan mengenai kandungan kertas siasatan berhubung pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.
“Paling penting, kertas siasatan telah sampai ke tangan peguam dan kita akan lihat apa kandungan dalam fail tersebut selepas mendapat nasihat dari mereka.
“Mahkamah sudah beri akses kepada peguam dan mereka sedang mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang Perancis kerana ada beberapa had yang perlu dipatuhi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh didedahkan,” katanya yang menambah mengikut undang-undang Perancis, fail berkenaan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.
Menurutnya lagi, Suaram juga akan cuba membawa peguam yang mewakili mereka iaitu Wiliam Bourdon atau Joseph Breham untuk datang ke Malaysia bagi memberikan taklimat.
Bagaimanapun, katanya, Suaram perlu mengkaji aspek keselamatan mereka terlebih dahulu, ekoran insiden pengusiran Bourdon oleh kerajaan Malaysia pada 2011.
Tambah beliau, wakil Suaram juga akan dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh yang sesuai untuk mereka hadir ke mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan.
“Kita akan adakan mesyuarat mengenai informasi dari mahkamah, bilakah kita sepatutnya akan pergi ke sana. Namun kita jangkakan pada April nanti,” ujarnya.
Mengenai saksi lain yang akan dipanggil, katanya, Suaram akan memberikan cadangan kepada hakim dilantik selepas memberikan keterangan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) itu nanti.
Najib membisu kerana takut
Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat kepada Najib, dibayar 114 juta euro atau RM540 juta sebagai komisen.
Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin tertinggi Malaysia- yang menjadi kesalahan di bawah undang-undang Perancis.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sikap membisu Najib menggambarkan ketakutan perdana menteri itu untuk memberikan penjelasan mengenai peranannya dalam skandal berkenaan.
“Najib tak beri apa-apa respon setakat ini dan masih membisu. Respon hanya datang dari menteri pertahanan walaupun isu ini cukup besar, penting dan serius melibatkan pembelian Scorpene bernilai RM7 bilion dan komisen RM540 juta.
“Dia mempunyai sejarah dalam kes ini sejak permulaan. Sebab itu dia dilihat tidak berani ke depan untuk memberi penjelasan secara terang dan telus tentang apa yang berlaku,” tegasnya.
Dalam masa yang sama, katanya, Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan membuka kertas siasatan, sepertimana dilakukan pihak berkuasa Perancis.-Keadilandaily.com
kalau benar sptmana yg didakwa...alangkah malangnya negara ini mempunyai pemimpin yg tidak amanah dalam mejalankan urusan jualbeli tsb.. semoga Allah swt melaknati pemimpin yg terbabit. aminnnn
BalasPadamBAIK BUBAR SEKARANG AGAR TAK PAYA JAWAB,HAJI NAJIB
BalasPadam