Sabtu, 3 Mac 2012

Ku Li ajar Najib macammana nak berpolitik di Kelantan

PM Najib yang kini dalam misi lawatan ke seluruh negeri untuk buat janji baru menjelang pru 13 telah melawat Kelantan .Dalam lawatan ke Kelantan Najib tak minta maaf kepada rakyat Kelantan macam najib lawat Selangor dan Kedah di mana Najib berlakon minta maaf kepada rakyat Selangor dan Kedah kerana banyak buat silap hingga dua negeri tersebut terlepas ke tangan PR dalam pru 12 yang lalu.

Di Kelantan Najib perlekehkan slogan kerajaan negeri Kelantan Membangun Bersama Islam.Najib kata kalau Umno berkuasa di Kelantan masalah air Kelantan selesai, prinsip Islam di Kelantan akan diteruskan dan macam-macam lagilah.Lebih baik Najib jangan bercakap tentang Islam dan prinsip Islam buat malu diri sendiri saja.

Tak lekang juga di mulut Najib memuji Tok Pa atau Mustapa Mohamed berulang kali.Nama orang lain termasuk Ku Li Najib tak sebut walapun Ku Li kerap digunakan Umno bila ada pilihanraya kecil di Kelantan.Itulah nasib Ku Li dalam Umno sejak zaman Tun Mahathir hingga kini.Tak naik-naik darjah politik Ku Li.Ku Li hanya jadi kukur di balik pintu saja dalam Umno.Waktu nak guna baru bawa keluar, habis guna simpan balik

Hari ini Ku Li mengajar Najib bagaimana cara nak berpolitik di Kelantan.Kata Ku Li Selesai royalti sebelum pru lapor sinar harian online"Saya nak ingatkan kita tak boleh nak kata ini tuntutan Pas, bukan tuntutan Pas kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.


Tengku Razaleigh berkata, BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat negeri pantai timur itu.
"Itu satu hal kerana begitu..begitu terlekat di hati orang Kelantan.
"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita, jadi ini satu faktor yang besar, kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita," kata bekas Menteri Kewangan ini dan juga Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berpendapat pemimpin Umno perlu mendekati rakyat Kelantan sepanjang masa kalau mahu diterima.
"Jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka saya rasa kita tak laku, apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang, selalu dengan mereka, kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya," katanya yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969.
Malah menurut beliau, politik bermusim hanya menyebabkan hubungan rakyat dan pemimpin renggang.Gambar bawah daripada FB muslimah muslimat.Klik imej untuk lebih jelas.


2 ulasan:

  1. KotE hang misaimeraah. Ku lee ni ore huse muso. Dio nok huse jadi MB.

    BalasPadam
  2. Huse muso tu ,ore pas..Ku lee nk ore PAS tu perintah kelate....ha!ha!

    BalasPadam