Isnin, 5 Mac 2012

Bagaimana nak maafkan makhluk perosak yang bernama Umno-BN?

Sudah dua negeri Najib lawat dan minta maaf iaitu Selangor dan Kedah.Najib pi Perak langsung tak minta maaf atas segala kerosakan runtuh kerajaan yang dipilih rakyat Perak dalam pru 2008.Kerajaan negeri yang ada di Perak sekarang ialah kerajaan yang diputuskan oleh mahkamah bukan pilihan rakyat.

Kalau dalam filem Hindustan kita selalu lihat watak Menteri  datang ke kawasan orang miskin bagi segala bantuan, angkat tangan tanda hormat kepada orang miskin tapi dalam masa yang sama mereka adalah dalang kepada kegiatan samseng dan mafia.Di Malaysia kalau buat filem macam tu alamatnya tidur dalam penjara la!

Kata blogger Aspan Alias bekas veteran Umno yang kini jadi ahli Dap dalam blog beliau mengenai sikap Najib yang kini sibuk minta maaf sana-sini;

"Oh ya, satu lagi perkara yang sangat ‘urgent’ untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong UMNO supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam UMNO sekarang ini. Katakan kepada penyokong-penyokong UMNO itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.

Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya UMNO semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.

Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.

Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.

Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’."Baca semua di sini.


Satu cara saja nak ajar Umno-Bn supaya berhenti jadi makhluk perosak ialah dengan tolak Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Lepas maaf buat lagi, lepas maaf buat lagi..berapa kali mau minta maaf daaa.Dalam sibuk minta maaf samseng Umno semakin menjadi-jadi kacau ceramah parti lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan