Nampak sangat PM Najib yang juga Presiden Umno dah jadi tak ketawan hala.Dah kering modal nak lawan hujah parti lawan utama Pas, PKR dan Dap.Hanya takat label 'Parti asyik serabut' sering susahkan rakyat-Najib (malaysiakini) tu baru kerja ketua cawangan Umno atau JKKK Umno saja.
Setakat nak label Pas, Dap dan PKR dengan macam-macam gelaran tu bagi Hasan Ali sudahla buat kerja gila tu..Takkan sebagai PM dan Presiden Umno hanya setaraf Hasan Ali ja?Ahmad Said MB Terengganu pernah labelkan Pas 'Parti ajaran sesat'.
Kalau setakat pi Kedah tanya "Hang pa nak apa?".Takkan tak tau apa rakyat mau?Ingat bagi duit RM500 semua masalah boleh selesaika?Jangan anggap rakyat Kedah sebagai peminta sedekah, jangan hina rakyat Kelantan sebagai negeri miskin secara tak langsung Najib hina rakyat Kedah dan Kelantan termasuk orang Umno sendiri.
Semua negeri yang Najib turun Najib kata angin deras sedang bertiup kencang sokong BN tapi Najib lupa dalam masa yang sama rakyat bercita-cita besar dalam pru 13 mau tumbangkan Umno-Bn di Putrajaya.Najib suruh lupa kisah lalu dan minta maaf.Ini terbukti bahawa Umno-BN kaki penipu dan seleweng wang rakyat.
Najib nak bina mahligai apa di Kedah?50 tahun lalu Umno-BN berkuasa awat tak buat mahligai.Takkan nak buat mahligai Rosmah pulak di Kedah?
Najib selesaikan dulu isu skandal NCC Corp RM250 juta yang libatkan keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Shahrizat.Siasat kerugian MAS dan Proton jangan hanya cakap Maaf! Maaf! Maaf!
Betullah kata orang kita kalau hidup miskin selalu jadi pak turut kepada pemerintah yang kaki temberang dan penipu.Musim pilihanraya maruah kita tergadai dengan hanya sekampit beras, gula, kopi dan susu dan sedikit duit untuk terus sokong Umno-Bn sampai kiamat.Takkah kita rasa berdosa memberi undi kepada pemerintah yang seleweng wang rakyat, seleweng wang Bumiputera/Melayu dan kaki hina hukum Islam?
Sedarlah wahai orang Melayu segala bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan tak kira PR atau BN itulah adalah wang rakyat yang semestinya dipulangkan untuk kesejahteraan rakyat.Bukan duit saku pemimpin Umno.Kita rakyat sebenarnya adalah bos kepada pemerintah.Kita yang angkat depa duduk di atas bukan depa yang naik sendiri.Umno tak perlu nak ungkit satu sen pun kalau tolong rakyat kerana rakyat yang berkuasa tumbangkan pemerintah.Rakyat yang berkuasa naikkan pemerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan