Ahad, 4 Mac 2012

Hasan Ali boleh cakap apa saja tapi dah tak ada perisa, jangan main gigit telinga sudah la

Hasan Ali Jati Tiga Jalur (IMR) yang kena pecat dengan Pas kini sedang round Malaysia sama macam Najib sedang round 1Malaysia tabur janji pilihanraya.

Hasan Ali kata orang yang hadir ceramah beliau cecah ribuan orang malah di Pendang Kedah saja 15 ribu orang hadir!Saya hanya ketawa kerana kebetulan sewaktu saya buat posting ni saya ada di Kedah.Mungkin Hasan Ali kira sekali dengan pokok temucut tu yang jadi sampai 15 ribu orang.Di Selangor orangramai mula sedar dan ceramah Hasan Ali dah basi di Selangor.Kini setelah kena pecat dengan Pas rakyat dah mula kenal siapa Hasan Ali yang sebenarnya.Kata orang Kedah kepada saya "Hasan Ali berkokok lantang tapi tak ada perisa.Macam orang demam selsema makan apa pun tak ada rasa semua dah jadi tawar."

Sampai berapa pusingan Hasan mampu bertahan?Adakah macam filem P.Ramle Labu Labi boleh bertahan sampai 150 round?Jangan main gigit telinga sudah la Hasan Ali kalau nak berpolitik pun biarlah secara betul.Hasan Ali dengan bangganya berkata 'Pemecatan saya punca Pas akan tumbang' (Malaysiakini)

2 ulasan:

  1. di sungai layar hasan ceramah di sekolah SMKSL,,,,,nampak banyak sammpah dari orang...sudahlah hasan hoi....simpan hari mati pulak...

    BalasPadam
  2. "Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah Al-Hadid, 57:20)

    BalasPadam