Selasa, 27 Mac 2012

Pejuang Melayu-Islam (IMR) cakap bohong dan putar belit?



Halimah Ali: "Saya merempat tumpang pejabat orang"-selangorku.com

Tuduhan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali  telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.

Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.

“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu.  Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partition’, itu sahaja.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.-selangorku.com


Hasan Ali kini ialah ketua pertubuhan Jati yang perjuangkan Islam,Melayu dan Raja (IMR).Logo pertubuhan Jati dikatakan mirip dengan logo pertubuhan setan.Hasan mungkin kecewa kerana pejabat exco yang baru siap itu hanya sempat didudukinya tak sampai berapa bulan kerana dipecat daripada Pas dan hilang jawatan ecxo.Satu perkara yang tak diduga Hasan akan berlaku ke atas dirinya.Kini Hasan tembak peluru kapur ke sana kemari demi untuk perjuangan IMR yang dibawanya.Hanya jauhari saja yang kenal manikam!






Berkaitan;
Kos ubahsuai pejabat Hasan Ali tertinggi, kata MB-M'kini
Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah-sinarharianonline
'Kos pejabat Xavier, Halimah lebih besar', kata Hasan Ali- sinarharianonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan