Khamis, 1 Mac 2012

Semua dah nak bangkrap



MAS rugi bersih RM2.52 bilion


Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
    
Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.
    
"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kawalan kos dan membuat kajian selanjutnya.
    
"Kami juga melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
    
Ahmad Jauhari berkata prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion, berbanding  RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.

Peningkatan perbelanjaan bukan bahan api itu sebahagian besarnya disebabkan peruntukan berjumlah RM1.09 bilion yang dibuat pada suku keempat untuk pelupusan saham, penyerahan semula pesawat dan kekurangan pesawat kargo.
    
Ahmad Jauhari berkata akaun bagi tahun dalam kajian memperakui peruntukan dan kos operasi yang semakin meningkat, yang walaupun sukar, memberikan pendekatan hoslitik organisasi dan pengetahuan penuh kedudukan sebenar syarikat.
    
Bagi setahun penuh, Malaysia Airlines menyaksikan peningkatan kapasiti (tempat duduk setiap kilometer) sebanyak tujuh peratus, trafik penumpang meningkat lima peratus, namun faktor kerusi yang rendah berkurangan kepada 75 peratus.
    
Beliau berkata perolehan dan purata tambang bagi semua kelas menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, terutama kabin depan.
    
Bagaimanapun terdapat penurunan keseluruhan faktor kerusi memandangkan syarikat penerbangan itu berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.
    
Mengikut asas prestasi serantau, perkhidmatan domestik dan jarak pendek, perkhidmatan sesama Asean menjadi pasaran utama syarikat itu, dengan segmen berkenaan melaporkan pertumbuhan positif mengikut sukuan selain mengikut asas setahun setakat ini, katanya.
    
Sementara itu, bahagian kargo mengalami penurunan, selari dengan penurunan industri berkenaan di dunia.
    
Perolehan susut 14 peratus, kapasiti susut sembilan peratus manakala hasil pulangan dua peratus.
    
Ahmad Jauhari juga berkata MASkargo mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM19 juta pada 2011 berbanding keuntungan RM141 juta pada tahun sebelumnya ekoran kos bahan api yang tinggi dan kekurangan barisan pesawat A330.- Bernama


Semua rugi tak ada yang untung.Proton rugi RM84 juta dalam suku ketiga 2011.Tun Madey pulak dakwa proton rugi sampai RM3.4 bilion.Baca di sini.Orang Melayu dan Bumiputera rugi paling besar hingga kini tak disiasat bila RM52 bilion saham Melayu lesap macam tu saja.Sapa berani siasat?


Tun Madey kata siasat semua termasuk yang ada gelaran Tun.Masalahnya siapa yang akan berani siasat?Semua segala penyelewengan dan korupsi yang libatkan wang rakyat hanya akan dapat disiasat jika tampuk kuasa di Putrajaya ditukar.Jika Umno-BN terus berkuasa Tun Mahathir akan terus mengacah Najib kerana Najib tak mampu untuk siasat Tun Mahathir dan lain-lain pemimpin yang salah guna wang rakyat.


Dengan skandal lembu NFC yang rugi RM250 juta tu pun lembab dan main tarik tali nak siasat macammana nak siasat Tun Madey!Tun Madey berani cabar kerajaan yang ada kerana semua mereka takut kepada Tun! Malah bukan takat takut kepada Tun malah semua serupa perangai dan kelaku.Nak siasat macam mana?


Semua dah nak bangkrap.Macammana boleh rugi?Rugi berani cakap tapi kenapa tak tubuh suruhanjaya diraja siasat macammana syarikat yang berkaitan kerajaan ni rugi?


Dalam pada itu Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia  telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang baru.MB Selangor Tan Sri Khalid ketika mengulas perlantikan Khairy berkata;


 “selama ini, saya berbangga dengan pencapaian PUNB kerana selama ini PUNB diterajui oleh golongan profesional yang berkebolehan.

“Walaupun di peringkat penggubal dasar, mereka terdiri daripada ahli-ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam urusan harian. Kumpulan profesional Bumiputera ini telah bekerja keras untuk membawa PUNB hingga mencapai ke tahap yang ada sekarang ini,” tambahnya.
Beliau berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mensia-siakan usaha mereka ini dengan melantik Khairy yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman untuk menerajui sebuah badan korporat yang sudah berjaya.
“Pelantikan Khairy membawa masyarakat Bumiputera mundur ke belakang kerana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikannya ke jawatan profesional itu.
Katanya dengan perlantikan itu juga membuktikan Najib gagal dalam menilai profesionalisme dalam pengurusan malah ia menjadi petanda buruk kepada Bumiputera dan Malaysia khasnya.
“Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy,” katanya.Baca di sini.

1 ulasan:

  1. apa dah jadi ? lepas ni giliran felda pulak bengkrap ke ? apa kena ngan umno ni ? semua yang diorang urus semua rugi., MAS rugi, NFC kantoi, tunggu giliran siapa pulak lepas ni yang akan rugi besar-besaran.. kita tunggu dan lihat betapa cekapnya umno meruntuhkan organisasi

    BalasPadam