Ahad, 28 November 2010

Lori hantar Harakah hilang

Lori syarikat percetakan yang menghantar akhbar Harakah edisi Isnin didapati hilang selepas selesai menurunkan akhbar Harakah pagi tadi kira-kira jam 7.oo pagi .

Pemandu lori itu menyatakan selepas selesai menurunkan semua akhbar Harakah di pejabat Harakah , Jalan Pahang jam 4 pagi beliau bersama kelindannya berehat dan tertidur dalam pejabat Harakah bila keluar jam 7 pagi lori tersebut telah hilang yang diparking di hadapan pejabat Harakah.

Lori tersebut nombor pendaftarannya ialah WQM 5313 , model Hicom Perkasa 4.3 (kepala merah)Kepada sesiapa yang menjumpai lori tersebut sila hubungi saudara Hasan no tel 013-2263329, saudara Khairul 019-3087498. Laporan polis telah dibuat di balai polis Putra berdekatan Pekeliling.

2 ulasan:

  1. takziah diucapkan kpd pemilik syarikat..mga Allah lindungi dr sebarang musibah dlm membantu perjuangan ISLAM..amin ya Rabb

    BalasPadam