Rabu, 4 April 2012

Pegawai kerajaan berpakat jual negara kepada warga asing supaya Umno menang pilihanraya?

Jika laporan ahli parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden Pas Mahfuz Omar ini benar memang celaka sungguh pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat jual warganegara kepada pendatang asing supaya Umno-Bn boleh menang pilihanraya dengan menipu.Kenapa mereka sanggup jadi barua Umno jual warganegara kepada rakyat asing tanpa memikirkan kesan di masa hadapan dalam jangka masa panjang?

Anggota 'taskforce' pengundi warga asing didedah-harakahdaily
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar  mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.


Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin  Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi, 

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.-harakahdaily


Turun di Dataran Merdeka 28 April ini kuningkan Kuala Lumpur sekali lagi!





3 ulasan:

  1. Kena jangkitan sindrom lembu NFC

    BalasPadam
  2. Bagi IC kepada pendatang mendatangkan berjuta ringggit kepada orang tertentu,semak syarikat yang untung berjuta masa pemutihan dulu,sama je sekarang cuma dulu tak bagi kewarganegaraan je tapi fulus masyuk...

    BalasPadam
  3. bahaya lagi apabila anwar mengiktiraf negara israel yg mana akan dtg campurtangan dlm pemerintahan negara..BERSIH kepala bapak dia...anwar tu dahulu yg perlu di bersihkan dari kekotoran noda dan dosa..demo itu dan ini..pemimpin cina DAP hanya duduk minum arak dan gelak melihat kebodohan org melayu dan mereka berpeluk tubuh hanya tunggu utk mengambilalih....KUASA...

    BalasPadam