Selasa, 24 April 2012

Lidah bercabang-cabang:Hishamuddin cakap lain polis cakap lain

Polis 'tak akan benar' protes Bersih Sabtu ini-Malaysiakini
Pihak polis tidak akan membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini, atas "sebab-sebab keselamatan".

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, merujuk kepada surat BERSIH bertarikh 16 dan 19 April 2012.

Salinan surat daripada pihak polis itu telah dimuatnaik ke halaman Facebook BERSIH yang merupakan gabungan untuk pilihanraya yang bersih dan adil-m'kini


Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein sebelumnya berkata Bersih 3.0 bukan ancaman tiada kuasa tarikan (m'insider);

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tidak menimbulkan ancaman keselamatan terhadap negara, dan menambah tuntutan gerakan rakyat itu tidak mempunyai kuasa tarikan yang kuat ke atas orang awam.

“28 April bukan isu,” kata Menteri Dalam Negeri kepada pemberita.
Beliau mencadangkan bahawa kerajaan pusat telah mengkaji tuntutan-tuntuan yang dikemukakan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) penambahbaikan pilihan raya yang ditubuhkan tahun lalu, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah turut mengambil berat kebimbangan orang ramai berhubung bahaya loji nadir bumi Lynas di Pahang.
“Ia macam satu periuk besar. Motifnya adalah politik,” katanya.

Siapa lebih power?DBKL, Polis , Menteri Wilayah Persekutuan atau Menteri Dalam Negeri?Semuanya cakap lidah bercabang-cabang dan berkuntau lidah.Semua main tarik tali pedulikan dengan mereka .Dah beratus kali  rakyat turun demontrasi tanpa hiraukan sebarang amaran yang dah basi ini.Gambar terkini di Dataran Merdeka.Pihak DBKL pasang penghadang jalan di sekitar Dataran Merdeka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan