Sabtu, 7 April 2012

Jom turun demo Bersih 3.0 kita bukan penjenayah

Nampaknya pemimpin Umno-BN, menteri dan juga SPR berada dalam keadaan gusar dan sedikit takut dengan rakyat yang sudah pun buat keputusan mahu berdemo di Dataran Merdeka pada 28 April ini.Pihak berkuasa ingat kuasa rakyat yang mahukan pru dijalankan secara bersih ini cakap kosong dan main-main.Mereka ingat rakyat dah bertaubat untuk tidak lagi berdemo untuk kali ketiga dengan sikap pihak polis yang jaga kepentingan Umno-Bn daripada bersikap menjadi polis kepada rakyat dalam Bersih 2.0 lalu.Akibatnya 'selurrrrruh' dunia kutuk kerajaan Malaysia yang bertindak secara ganas terhadap himpunan aman Bersih 2.0.

Rakyat dah tak peduli lagi dengan kisah basi  seks yang kini dijaja Datuk Nalla kepada orang Melayu supaya mempercayainya.Janganla nak pariakan otak Melayu dengan isu seks sepanjang zaman.Rakyat mahu berdemo tuntut supaya pilihanraya diadakan secara telus dan tidak menipu.Ini yang rakyat ingat bukan disogok dengan isu seks yang tiada kesudahan.Buat apa pru diadakan jika dakwaan bagi MyKad kepada warga asing tidak ditubuh suruhanjaya diraja untuk menyiasat?

Polis boleh bagi amaran, Perkasa boleh bagi amaran tapi gelombang kebangkitan rakyat yang mahu duduk secara aman di Dataran Merdeka ,KL mereka tak boleh halang.Kalau halang pun demo tetap diteruskan.Bak kata Aspan Alias dalam blognya ,"Yang akan menghadiri rally itu nanti bukan penjenayah. Mereka adalah rakyat dari berbilang kaum yang tidak berpuas hati terhadap keadaan politik yang menyelubungi negara pada hari ini."


Berkaitan;
'Bodoh' jika Najib haramkan Bersih 3.0, kata pemerhati politik-M'insider
Bersih 3.0: Menteri jahil, angkuh kata Zaid-M'kini






2 ulasan:

  1. bAIK DUDUK KAT RUMAH JE.BUAT KERJA TAK PAEDAH....BAIK BUAT DEMO PERBAIKI PAKATAN RAKYAT DULU OOOIIII.CAMNA AKU NAK UNDI KALAU BARU MENANG SIKIT DAH RASUAH SANA SINI.......KACAU...KACAU

    BalasPadam
  2. AIII TAKKAN NAK TAPIS TAPIS KOT...KENAPA TAK BRANI NAK TERBITKAN TERUS KE ....MANA HAK BERSUARA YANG KO ORANG PEKIK2 KAN....BERSIH 3.0 KUNUN PIRAH......COMMENT PUN NAK KENA TAPIS.....

    BalasPadam