Rabu, 11 April 2012

'Umno picit, perah dan ramas jiwa Melayu supaya terus diperabdikan'

Kata blogger sakmongkolAK47 (Datuk Ariff Sabri) yang semakin popular setelah keluar Umno dalam posting beliau Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putra, apa yang Umno buat kepada orang Melayu sejak dulu kini dan selamanya ;
"Dalam tahun 1927, iaitu pada 16 haribulan bulan Mac dalam majallah Al Ikhwan, pendita pertama Melayu iaitu Zaaba menulis tentang sebab musabab Melayu bernasib malang. …..adat kebiasaan dan keadaan hidup yang dasyat yang telah di tanggung oleh datuk nenek mereka pada zaman sebelum kedatangan British, dan oleh sebab adat kebiasaan yang telah jadi pusaka itulah hingga perkataan pun tiada kita dapati dalam bahasa Melayu bagi menamai kebanyakan daripada sifat2 kemuliaan perangai…. . apa makusd Zaaba? Maksud Pendita Zaaba ialah orang Melayu tidak ada sifat kemuliaan perangai yang menjadikan mereka bangsa yang robust dan rugged dan mempunyai minda tangkas untuk memajukan diri. Atau dalam bahasa yang mudah, orang Melayu mewarisi perangai captive mind atau jiwa hamba.
Dan pada bulan April 1927 dalam Majallah Al Ikhwan Pendita Zaaba menyambung menulis………..dan ini yang menjadikan mereka waris kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri…
Saya macam ingat Zaaba menulis mengenai parti UMNO yang mahu mengembalikan orang Melayu ke zaman dulu kala dimana orang Melayu kena picit, perah dan ramas dan mengabidkan fikiran orang Melayu. Inilah sifat dan perangai rendah UMNO.
Inilah yang di lakukan oleh UMNO hari ini yang tersangat cemas dan ketakutan, mengembalikan orang Melayu kepada zaman gelap dengan cerita cerita seram mengenai ancaman terhadap mereka.
Ini lah pembohongan besar UMNO keatas orang Melayu yang bertujuan untuk memicit, meramas dan memerah jiwa orang Melayu supaya orang Melayu terus di perabdikan. Kita jangan sekali kali lupa bahawa Najib, is at heart a feudal person.  His objective is to keep the Malays in servitude under UMNO hegemony."Baca semua di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan