Khamis, 19 April 2012

Semua ahli dan penyokong Pas turun demo Bersih 3.0


Pas arah semua ke Bersih 3.0

PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN.-Harakahdaily

Turun jangan tak turun.Kalah menang belakang kira.Janji pru 13 dibersihkan segala sampah sarap Umno-BN yang jadikan SPR sebagai barua dan kuda tunggangan mereka.Cakap berdolak dalik.Menteri dan PM pekakkan telinga tuntutan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan