Selasa, 24 April 2012

DBKL buat-buat lupa kata KL dikuasai Pakatan Rakyat


DBKL:Bersih boleh guna Stadium Cheras atau Titiwangsa, bukan Dataran Merdeka (M'insider).


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini sekali lagi menegaskan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih tetap tidak dibenarkan berlangsung di Dataran Merdeka.
Malah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut mencadangkan lokasi alternatif untuk Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sama ada di Stadium Bola Sepak Cheras ataupun Stadium Titiwangsa.
“DBKL tetap tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April ini.
“Saya sendiri tidak faham kenapa mereka masih lagi berdegil, sedangkan menteri sendiri sudah mencadangkan lokasi alternatif untuk mereka berhimpun,” katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mencadangkan Stadium Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perhimpunan mereka Sabtu ini.
Tambah Ahmad Fuad, pihaknya hanya membenarkan perhimpunan yang menjurus kepada komponen kebudayaan dan sukan yang bersifat nasional seperti Sambutan Kemerdekaan, Tahun Baru, dan acara sukan kerana ia memupuk nilai kebangsaan antara hubungan kaum di negara ini.
“Ada dua lagi komponen, satu berkenaan sukan, contohnya seperti acara walkathon, marathon, dan jogathon, pada kita (DBKL) ia untuk tujuan bersukan dan bukan untuk menunjukkan perasaan.
“Komponen lain seperti kebudayaan. Ada ramai orang datang, kita ada aktiviti untuk orang di Kuala Lumpur. Pada kita tiada masalah untuk acara sedemikian,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DBKL di sini.
Mengulas berkenaan acara Sambutan 100 tahun syarikat Nestle bulan lalu, Ahmad Fuad menegaskan, sambutan tersebut adalah sambutan 100 tahun Nestle yang mana tetamu kehormat mereka adalah Sultan Selangor.
“Nestle dah 100 tahun di Malaysia, mereka sudah banyak  melabur di negara ini, pada masa itu pun tetamu kehormat mereka Sultan Selangor.
“DBKL akan memberikan kebenaran sekiranya acara itu tidak merosakkan persekitaran, dan kalau ada melibatkan aktiviti sukan, dan kebudayaan.
“Jangan campurkan elemen politik, bantahan dengan hiburan dan kebudayaan,” tegasnya lagi dan menyatakan perhimpunan sedemikian bakal mendatangkan kemudaratan kepada orang awam terutamanya golongan peniaga berhampiran.
“Bila ada perhimpunan macam ni mereka buat orang awam merungut, orang bimbang, peniaga nak berniaga pun susah.”
Namun begitu, Ahmad Fuad tidak menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap penganjur, sekiranya Bersih tetap berkeras untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.
“Kita tunggu 28 April nanti untuk tindakan lanjut sekiranya Bersih tetap mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
“Lampu merah, kalau nak langgar juga, teruskanlah, kita tunggu tindakan yang akan diambil DBKL,” katanya memberi amaran kepada Bersih.-M'inisder

Ini alasan yang bodoh dan bebal.Cuba perhatikan sekeliling Kuala Lumpur adakah BN yang diterima rakyat Kuala Lumpur atau Pakatan Rakyat?Datuk Bandar KL sendiri bermain politik kerana pernah benarkan program anjuran BN dilangsungkan di Dataran Merdeka.Kalau atas nama BN bukan politik ka?Jangan Umnokan Dataran Merdeka demi jawatan yang kamu pegang.Menteri Wilayah Persekutuan sendiri jadi menteri melalui pintu belakang tak sedar-sedar lagi ka?


Datuk Bandar KL jangan ingat Kuala Lumpur ni duduk di hulu kampung tapi ini adalah ibu negara.Sama macam kota besar lain di dunia Sydney, New York, Los Angeles,Toronto, Cairo.Kalau macam ni punya orang jadi Datuk Bandar di negara luar dah lama kena sepak, kena terajang hilang jawatan.Dah berapa banyak demontrasi di Kuala Lumpur pasu bunga DBKL pecah ?Yang ada pecah muka, kaki patah kena pukul dengan samseng taik kucing di Dataran Merdeka.


Yang pasti rakyat akan turun ramai-ramai kuningkan Kuala Lumpur.
Baca juga ;
59,000 foreigners 'registered as voters'-FMT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan