Sabtu, 21 April 2012

Kalau Pas 'sesat' Umno mati sapa nak solat jenazah?

Saya sebut mati saya tak kata meninggal dunia sebab sesuai sangat dengan kelaku si jahil MB Terengganu Ahmad Said dan Umno Terengganu buat kempen Pas 'Parti Ajaran Sesat'.Saya baca dalam berita Harakahdaily 'Hok Mung Kata Sesat Nilah Tulong Semayang Mayat' tulisan Nik Nasre Nik Malik.Antara lain beliau tulih ;
Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.


Di Selangor tak dengar pulak Umno kata Pas 'parti ajaran sesat' yang ada suara deras dan sumbang daripada Hasan Ali yang kata Pas dikuasai parasit.Semua orang dah kenal parasit yang dimaksudkan Hasan Ali tu ialah Hasan Ali sendiri.Sekarang dah termonyeh-monyeh macam kera luku dapat bunga.Pi tang mana pun cakap dia dah tak laku.


Di Selangor 99.9 peratus imam masjid, nazir masjid termasuk Ajk Masjid dikuasai orang Pas.Umno Selangor memang cari nahas kalau berani kata Pas 'parti ajaran sesat' nanti nak cari tok imam mana nak sembahyang orang Umno yang mati?Mungkin masa nak solat jenazah orang Umno yang mati waktu tu Pas tak dikira sesat oleh si Umno yang tolol!


Pas tak sampai ketahap itu untuk biarkan mayat saudara Umnonya tak disolat jenazah kerana itu jadi kewajipan kepada orang yang hidup.Tak kira dia ideologi apa mati sebagai orang Islam kita kena bertanggungjawab untuk urus jenazah si mati .Nak politik pun tolehlah depan belakang atas bawah sebelum jerat makan tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan