Jumaat, 13 April 2012

Hasan Ali jual nama Almarhum Fadzil Nor,suruh orang Kedah undi BN

Tadi sewaktu dok sembang dengan kawan-kawan cerita pasal Hasan Ali ceramah di Perak.Dalam ceramah tu dia cerita kat saya, Hasan Ali kata,"Siapa parasit?" Lalu jawab antara hadirin yang hadir ,"Hasan Ali parasit!" Merah padam muka si Hasan Ali.

Hari ni saya baca dalam sinar harian online Hasan Ali dilaporkan berkata 'Jangan beri Pakatan walaupun satu undi'.Maknanya Hasan Ali suruh orang Kedah pangkah dacing."Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas, kata Hasan Ali.

Yang syok lagi tu bila dah tak dak modal Hasan Ali sanggup jual nama almarhum Fadzil Nor bekas Presiden Pas untuk pertahankan tindakan beliau.Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada.
"Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.Lapor sinar harian.

Saya teringat kisah si mamat sorang tu mula-mula masuk Pas di era almarhum Fadzil Nor.Ceramah dia laku dan banyak dapat duit.Mamat ni nak masuk duit kutipan ceramah beberapa persen dalam akaun syarikatnya dan ditegur almarhum dengan berkata, "Ni bukan cara orang Pas cari duit."

Sayang almarhum lebih disayangi Allah SWT umurnya tak panjang.Jika almarhum umurnya panjang saya yakin dah lama beliau tendang Hasan Jati keluar daripada Pas.Bila sebut nama Hasan Ali teringat Zul Kulim yang kini jadi regu Hasan Ali yang turut tak disukai almarhum.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mati berdiri.Bila duduk sorang-sorang jadi kupang tembaga tak ada sapa ambik peduli yang indah-indah sewaktu jadi exco, makan elaun, buat ubahsuai pejabat exco ratusan ribu ringgit semua dah jadi busuk belaka.Itulah Hasan Ali kalau siapa nak kenal.Kalau kena penyakit kencing manis masih ada ubat tapi kalau kaki kencing bercabang, berak sana-sini sapa mau ambik buat kawan?

4 ulasan:

  1. Meroyan sungguh tuan haji dr ni

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan

    Harap boleh link ghaflah.blogspot.com

    Terima Kasih

    BalasPadam
  3. kah kah kah!
    mana pergi regu Ahsan Ali dalam PAS?.

    BalasPadam
  4. kasian hasan... samoga kao mendapat hidayah wahai hasan

    BalasPadam