Sabtu, 21 April 2012

Gambar Pra Demo Bersih 3.0 Dari Dataran Shah Alam


Gambar dari Dataran Shah Alam sempena pra Bersih 3.0 yang berlangsung petang tadi jam 3 petang hingga 4.15 petang.Orangramai yang hadir bersemangat tinggi sebagai permulaan sebelum gelombang kuning Bersih 3.0 banjiri Dataran Merdeka KL 28 April depan.Yang pasti gelombang kuning ini pasti buat Umno-BN dan Najib pening!Turut hadir ahli parlimen Dr Mariah dan Ronie Liow bagi sokongan yang dianjurkan NGO PRORAKYAT SELANGOR.Klik gambar untuk besarkan.

Baca di bawah sebelum ke Dataran Merdeka KL;
Katakanlah Malaysia tetap berdegil untuk meneruskan pilihan raya sebelum semua pihak berpuas hati dengan reformasi pilihan raya yang dilakukan, kerajaanyang diangkat tidak mempunyai kredibiliti dan akan dituduh menang dengan penipuan.

Ia akan mengundang kemarahan rakyat jelata. Jalan raya akan dipilih oleh kerana pilihan raya sudah tidak lagi diyakini. Paling lama kerajaan baru selepas pilihan raya 13 bertahan adalah satu tahun.

Apatah lagi sekarang ini, operasi jahat untuk menawan Selangor sudah bermula.

Apabila undi rakyat Malaysia dicuri oleh warga Bangladesh, Myanmar, Filipina dan Indonesia, kemarahan rakyat jelata pasti membuak-buak.

Pada ketika itu, pemimpin-pemimpin tertinggi negara terpaksa lari keluar negara untuk menghabiskan hari-hari tua mereka.-Amin Iskandar.Baca di sini.

1 ulasan: