Sabtu, 14 April 2012

Bila dah tak boleh beromen kata 'Parti Ajaran Sesat'

Umno Terenggganu yang di ketuai Ahmad Said yang juga MB Terengganu pernah robohkan Masjid Bujal, Kemaman,Terengganu beberapa tahun lalu.Kini Mat Said jadi ketua buat kempen 'Pas:Parti ajaran sesat' ke seluruh Malaysia.

Umno kata Pas sesat bukan cerita baru.Hanya 'diupgradekan' Mat Said untuk filem dan karya terbarunya menjelang pilihanraya.Mat Said nak cari pengaruh di Terengganu supaya terus berkuasa di Terengganu daripada disambar Idris Jusuh bekas MB Terengganu musuh Mat Said sejak sekian lama.Yang cerdik dan tidak bodoh tak akan termakan karya terbaru Mat Said ini .

Ideologi Pas adalah Islam.Idelogi Umno ialah sekular.Asingkan agama dan politik.Takkan yang bawa ajaran agama Islam lebih sesat daripada ajaran sekular Umno?

Semasa Umno gila talak ajak Pas beromen,tidur sebantal, satu katil tak ada pulak kata Pas parti ajaran sesat.Umno sanggup menyembah dan melutut kepada Pas janji kerajaan perpaduan Umno-Pas jadi!Tapi apakan daya tiang layar kerajaan perpaduan patah berderai-derai karam macam kapal Titanic.Yang ada kini nak sangat jilat Umno ialah orang tak dak parti tapi ada jati iaitu Hasan Ali.

Parti yang ajak umat Islam makmurkan masjid dengan solat berjamaah dituduh sesat.Parti yang ajak rakyat lepak kedai kopi time Magrib tak sesat.Parti yang ajak umat Islam ke masjid hadir majlis ilmu dituduh sesat tapi parti yang jadikan  malam Jumaat untuk ke dangdut dan karoke tak sesat.Parti tolak hudud tak sesat tapi parti mau hudud dituduh sesat.Puak macam ni dah lama wujud seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Tak ada parti yang maksum tapi mudarat paling besar yang mesti ditumbangkan dalam pru 13 akan datang ialah Umno yang jadikan orang Melayu bertuhankan kebendaan kepada Umno.Sampai bila mau jadi hamba abdi Umno?Ajaran sesat yang semakin subur dan hidup kembali di Terengganu ialah ajaran ayah Pin yang dakwa ramai pengikut.Mungkin bagi Umno ajaran Ayah Pin tak sesat sebab sokong Umno.



5 ulasan:

  1. sori ya...ayah pin dah kena tangkap...hahaha...orang PAS asyik menipu aje...

    BalasPadam
  2. Islamakah PAS yang benarkan nama Allah diguna oleh orang kafir? Islamkah PAS yang membiarkan isu murtad dan melarang HIMPUN yang bertujuan untuk mencegah murtad? Malah orang yang membenteras murtad di pecat?? isu murtad juga di anggap remeh..Islamkah PAS ni?

    BalasPadam
  3. admin sila keluarkan komen saya..kita berbincang secara sihat..

    BalasPadam
  4. Islamkah kita kalau kita menyokong parti yang menolak hukum Islam? (maaf aku tak sokong. kah kah kah!!!)

    BalasPadam
  5. PENYOKONG SEBENAR MURTAD N LGBT(LESBIAN, GAY, BISEXSUAL N TRANSEKSUAL) IALAH UMNO, UMNO SELAKU PIHAK PALING BERKUASA DIDALAM KERAJAAN MALAYSIA MEMPUNYAI KUASA UTUK MENGGUBAL UNDANG2 BAGI MENGHALANG MURTAD N LGBT, TAPI, UMNO X MENGGUNAKAN KUASA TERSEBUT KERANA UMNO MEMANG SUKA UMAT ISLAM DI MALAYSIA MURTAD.

    BalasPadam