Selasa, 24 Mei 2011

Jawatan TP Pas:Saya tak akan berundur, kata Mat Sabu

Kata -kata Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas yang tak mahu bertanding jawatan TP Pas akhirnya terburai akibat desakan demi desakan supaya beliau bertanding TP Pas.Semua ahli Pas kena lupakan kata -kata Tuan Ibrahim yang berkata, "Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.Baca di sini.

Kini Tuan Ibrahim dah kata,"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan."Baca di sini.

Nasharuddin Mat Isa dan Mat Sabu dah awal-awal lagi akan bertanding jawatan TP Pas.Kata Mat Sabu ,"Saya tak akan berundur walaupun siapa yang masuk bertanding jawatan TP Pas.Saya mahu membantu Presiden dalam kerja-kerja parti.Meneruskan agenda perkasakan Pas kepada orang Melayu dan bukan Islam, merapatkan lagi hubungan Pas dan NGO."Ini bermakna pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan jawatan TP Pas akan sama seperti dalam Muktamar Pas pada tahun 2009 antara Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu dan Husam Musa yang dimenangi Nashruddin Mat Isa.

Kali ini golongan yang dikatakan ustaz dan ulama bagi bertanding TP Pas diwakili Nasa dan Tuan Ibrahim berbanding muktamar Pas 2009.Undi perwakilan bagi Nasa dan Tuan Ibrahim yang wakili golongan ulama akan berpecah kepada dua.Bagaimana dengan nasib Nasa bila Tuan Ibrahim bersedia untuk bertanding jawatan TP Pas?Nasa sudah tentu tidak mahu kompromi dengan desakan pihak yang 'jolok' supaya Tuan Ibrahim bertanding supaya beliau berundur daripada bertanding TP Pas.

Antara tiga tokoh yang akan bertanding jawatan TP Pas itu siapa yang lebih nampak banyak hadapi ujian, dugaan, rintangan , sanggup dibelasah puak zalim BN dalam meneruskan perjuangan Pas bersama PR?Perwakilan Pas mesti pilih calon yang akan menyegarkan Pas bukan calon yang nampak mandom dan layu.

3 ulasan:

  1. Selagi ia bernama manusia...

    PAS FOR ULAMA ONLY

    BalasPadam
  2. saya pertahankan kenyataan saya - akibat virus ug! kalangan ulama (pendokong ug) sudah tidak yakin nasha boleh pertahan jawatannya.

    kejayaan tuan ibrahim tuan man akan memberi umno senjata ampuh untuk menyerang pas di atas sebab kredibiliti ulama. masa akan terbuang untuk menjawab serangan umno... pas tidak bertaring lagi. senang dimanupulasi dan diajak berunding bagi memperkasakan melayu umno! islam sudah dicemari apabila ketidakinginan bertanding bertukar kepada akan bertanding. apa beza pas dengan umno dalam aspek ini?

    BalasPadam
  3. hairan juga. bertaraf ulama pun harini cakap lain, esok cakap lain. bila nampak boleh menang, rekalah alasan baru. jangan pula ada yang mengatakan " ini politik". politik tidak menghalalkan hari ni cakap lain dan esok lain.

    BalasPadam