Rabu, 18 Mei 2011

Pas wajib guna sistem celup jari semasa pemilihan pimpinan tertinggi Pas.

Parti Islam SeMalaysia (Pas) telah menyokong penuh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih) supaya sistem pilihanraya di negara ini tidak berlaku penyelewengan dan penipuan semasa berlangsungnya pilihanraya kecil dan umum di negara ini.

Menjelang Muktamar Pas akan datang , pada bulan Jun yang ada pertandingan dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Pas wajib memenuhi tuntutan dan inspirasi Bersih seperti berikut;

1-Pas kena mewujudkan wakil calon kepada setiap calon yang bertanding agar pengundian dan pengiraan undi berjalan dengan lancar dan puas hati semua pihak yang bertanding.Tidak seperti pemilihan dalam muktamar2 yang lepas.

2-Pihak SPR Pas wajib mewujudkan sistem pengundian dakwat kekal (celup jari) semasa berlangsungnya proses pengundian oleh semua perwakilan.Tujuannya supaya rakyat dapat melihat ketelusan dalam pemilihan Pas.Maknanya Pas bukan parti yang 'cakap tak serupa bikin'.
Pas sokong sistem dakwat kekal (celup jari) tapi Pas sendiri tak buat!

Jika Pas dapat laksanakan dua perkara di atas Pas memang hebat dengan cita-cita menawan Putrajaya.

Pas juga melalui akhbar Harakah jangan hanya siarkan beberapa kerat pemimpin Pas jadikan berita utama sedangkan calon-calon lain yang bertanding batang hidung dah tak nampak dalam akhbar Harakah.

2 ulasan:

  1. Ambo SOKONG 110%!!

    BalasPadam
  2. Masih banyak lagi calon barisan pelapis yang perlu diketengahkan dalam PAS. Jangan terlalu jumud dan mengira bahawa jika patah yang ada hari ini maka tak akan tumbuh pengantinya...

    Maka berilah laluan kepada pelapis muda yang berilmu dan berintelek kerana minda mereka dan tenaga mereka juga diperlukan untuk membangun PAS.....

    BalasPadam