Selasa, 3 Mei 2011

Asyik dengan berita porno Malaysia setaraf Angola dan Madagascar

Berita lucah dan porno dalam media tempatan yang dikawal Umno-Bn dihalalkan tapi lebih memalukan kebebasan media di negara kita hanya setaraf negara Angola dan Madagascar.Media pro Umno-Bn boleh tulis apa saja samada isu libatkan perkauman, seks dan sebagainya tapi media bukan pro kerajaan dikekang penerbitannya malah diharamkan.

M'sia jatuh ke tangga 143-indek kebebasan media
-M'kini

Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas. Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika. Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini. Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. azlanSekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia. Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata.

Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'. 'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).Baca semua di sini.

Baca juga;
Tiada 'Rakyat' untuk Utusan Rakyat, kata KDN-M'kini
Cadangan penubuhan Majlis Media disambut dingin-M'kini
Hatta mahu kekal ketuai NUJ hingga Utusan Rakyat lahir-M'insider

1 ulasan:

  1. panass baru dilancarkan, undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com/

    BalasPadam