Rabu, 25 Mei 2011

Berita menakutkan bila si zalim hilang kuasa


Hosni Mubarak, dua anak lelaki dituduh bunuh penunjuk perasaan-M'insider

Mesir akhirnya memutuskan untuk mengheret bekas presidennya Hosni Mubarak ke mahkamah – tiga bulan selepas digulingkan - berhubung tuduhan membunuh penunjuk perasaan dan tuduhan-tuduhan lain.

Mubarak (gambar) digulingkan daripada tampuk kepimpinan pada 11 Februari lalu, sekali gus menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun.

Beliau kemudian diarah oleh pendakwa raya agar disiasat berhubung amalan rasuah dan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan.

Dua anak lelakinya Alaa dan Gamal, yang ramai percaya cuba dibawa ke arena politik untuk menggantikan Hosni, juga dihadapkan di mahkamah berhubung tuduhan yang sama, lapor Reuters.

Keputusan itu diumumkan sebelum satu lagi demonstrasi dirancang untuk diadakan di Dataran Tahrir di sini Jumaat ini.

Aktivis menggesa kehadiran beramai-ramai bagi menggesa pembaharuan yang cepat dan tindakan perundangan ke atas Hosni dan yang lain-lain.

Pendakwa raya juga mengenakan tuduhan sama ke atas bekas ketua risikan Hussein Kamal Al Din Ibrahim Salem, yang telah meninggalkan negara.

Hosni, 83, kini ditahan di sebuah hospital di resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Beliau dan isterinya juga berhadapan dengan tuduhan mengumpulkan kekayaan secara tidak sah sepanjang 30 tahun berkuasa.

Lebih 800 orang terbunuh dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan beberapa minggu, lapor BBC. – Agensi

Siapa yang makan cili akan terasa pedasnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan